Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pelaburan Malaysia Tinggi Di Bawah PN, Bukan UMNO Atau PH - Azmin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 2:00PM

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Mohamed Azmin Ali mendakwa, negara berjaya mencatatkan pelaburan berjumlah RM309 bilion di bawah pentadbiran PN - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia didakwa mencatat pelaburan tertinggi ketika ditadbir kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, walaupun sedang bergelut dengan ancaman COVID-19 ketika itu.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa, negara berjaya mencatatkan pelaburan berjumlah RM309 bilion di bawah pentadbiran PN.

Menurut beliau, ia merujuk kepada pelaburan diluluskan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama tahun lalu.

“Maknanya bila syarikat besar (asing) masuk Malaysia, anak-anak dapat pekerjaan. Bukan buruh kasar. Tapi (kerja) pendapatan tinggi. Bila kilang dibina, pembinaan projek perumahan pula dibesarkan.

“Makcik Kiah boleh berniaga sebab pekerja nak makan pagi dan malam,” katanya ketika berucap pada program Jelajah Prihatin Parlimen Sepang, di Sepang, Selangor malam tadi.

Menurut Azmin, kejayaan ekonomi itu adalah hasil usaha dan kerja keras PN, bukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH).

“Tak mungkin apa yang dituai hari ini kita semai (pada) enam bulan lepas. Betul tak?

“Tanam taugeh pun lambat apatah lagi nak semai benih-benih ekonomi yang baik dan subur,” katanya.

Pada Mac lalu, media melaporkan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) pada 2021 melebihi jangkaan, iaitu meningkat 83.1% daripada yang direkodkan pada 2020.

Perkembangan itu menjadikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik untuk pengembangan perniagaan global dan serantau.

“Hingga Bank Negara minggu lepas umumkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada Jun melonjak 8.9%, yang tertinggi dalam rantau ini,” katanya.

Sebelum ini, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, pertumbuhan kukuh luar jangkaan itu juga lebih kukuh berbanding 5.0% yang dicatatkan pada suku pertama 2022, sekali gus menjadikan pertumbuhan pada separuh pertama 2022 sebanyak 6.9%.

“Pertumbuhan yang lebih tinggi juga mencerminkan kegiatan ekonomi yang kembali normal apabila negara beralih ke fasa endemik dan sempadan antarabangsa dibuka semula,” katanya.

Terdahulu, Azmin menyatakan prestasi negeri Selangor semakin merosot selepas beliau meninggalkan jawatan Menteri Besar negeri itu pada 2018.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendakwa, prestasi ekonomi negeri itu meningkat dengan baik, malah sumbangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada Malaysia meningkat dan program kebajikan kepada rakyat juga bertambah sejak beliau mentadbir negeri tersebut.

Azmin yang memilih untuk mempertahankan kerusi Parlimen Gombak akan dicabar oleh Amirudin selaku calon PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). - Getaran 1 November 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 bulan yang lalu

KEB 2024 Perlihat Agenda Perkasakan Ekonomi Bumiputera Tanpa Pinggirkan Kaum Lain

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kadar Tambang Bas Ekspres Eksekutif, Ekonomi Ikut Jadual Tambang - APAD

3

Ekonomi 2 bulan yang lalu

KEB 2024 Perlu Jadi Penggerak Kerangka Agenda Bumiputera - PM

4

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Lebih Baik Sebanyak 4.5 Peratus Tahun Ini - HLB

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar Meninggal Dunia

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Semasa 2 jam yang lalu

Cakna Kesihatan Pelajar Sebelum Lakukan Aktiviti Luar Kelas – Dzulkefly

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry