web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dianggap Buat Serangan Peribadi, Nga Kor Ming Terima Kecaman Netizen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 8:22AM

Nga Kor Ming - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang kononnya mahu ‘memalukan’ Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu nampaknya ‘memakan dirinya’ kembali.

Beliau kini berdepan kecaman ramai, khususnya di Twitter apabila tindakannya memuat naik rakaman video aksi Faizal atau Peja pada sebuah acara, tidak disenangi ramai.

Majoriti netizen ternyata berang dengan strategi itu, yang disifatkan sebagai cubaan lapuk kerana menyerang secara peribadi.

Video dimuat naik Kor Ming semalam memaparkan Faizal sedang ‘menari’ pada sebuah acara yang turut dihadiri orang ramai.

“Inilah Peja Perikatan Nasional yg bertanding di parlimen Tambun melawan calon Perdana Menteri DS @anwaribrahim. Saya tak tahu apa nak komen dah, anda tengok sendiri perangainya. #Pengsan #PolitikPelawak,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Ciapan tersebut pantas mendapat reaksi netizen yang majoritinya mengutuk strategi diguna pakai Ahli Parlimen Teluk Intan itu.

“Not a fan of Peja and I hate PN but don’t lah go this low. He’s having fun and he did nothing wrong. (Bukan peminat Peja dan saya benci PN tapi janganlah bersikap semurah ini. Beliau sedang berseronok dan tak lakukan sebarang kesalahan).

“Come on PH, focus on other stuff that matters, not this. (Ayuh PH, fokus pada hal lain yang lebih penting, bukan ini),” kata seorang netizen yang menggunakan akaun @KaelSansSouci.

Pendapat senada diutarakan @SyuhadaShud yang setuju bahawa Timbalan Presiden BERSATU itu tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana sedang menyertai sebuah acara sukan, dipercayai zumba.

“The amount of people who are not exactly Peja fans but have enough common sense to know that there’s nothing wrong with this video here (Jumlah orang yang sebenarnya bukan peminat Peja tapi ada akal waras untuk sedar tiada apa yang salah mengenai video ini).

“This is an example of how rakyat are way smarter and more mature than politicians. (Ini adalah contoh bahawa rakyat lebih bijak dan matang berbanding ahli politik),” ciapnya, sinis.

Netizen @f15teen15 pula berpendapat, penyandang Parlimen Tambun itu adalah contoh wakil rakyat yang digemari golongan berusia kerana tidak kekok beramah mesra dengan mereka.

“Unpopular opinion: Peja is exactly the type of politicians loved by the uncles and aunties and makcik and pakcik. (Pandangan tidak popular: Peja ialah jenis ahli politik yang disukai pakcik dan makcik),” ciapnya.

Seorang lagi netizen pula mendesak Kor Ming menghentikan amalan politik lapuk yang suka menyerang peribadi lawan.

“What is wrong with Peja dancing? You gotta move past your stone age politics man. (Apa salahnya Peja menari? Kamu perlu ketepikan politik zaman purba kamu),” ciap @S_Y_New.

Sekian lama berpolitik, Kor Ming sememangnya tidak sunyi daripada hambatan pelbagai kontroversi, apabila sering mengeluarkan kenyataan yang menyinggung sensitiviti ramai ketika berkempen.

Dengan kontroversi terbaru dicetuskan ini, ramai beranggapan beliau sebenarnya telah membantu pihak lawan iaitu calon Perikatan Nasional (PN) menjadi lebih popular, apabila melancarkan serangan bersifat peribadi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November nanti, Faizal bakal dicabar Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melepaskan kerusi Port Dickson.

Anwar pada Konvesyen PH bulan lalu berkata, tindakan itu dibuat bagi menjadikan Perak barisan hadapan bagi PH.

Mahu Perak mengekori jejak Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, beliau mengakui belajar daripada pengalaman veteran DAP, Lim Kit Siang yang berhasil meraih kemenangan di setiap kawasan ditandingi.

“Saya bukan pilih kawasan yang mudah atau menjanjikan majoriti besar. Saya ketuai, saya mengepalai dan berani tawan Tambun dalam pilihan raya akan datang,” katanya. - Getaran, 1 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Unit K9 Bomba Terima Ahli Baharu, Labrador Lahirkan 'Brave'

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Buang Sampah Kecil: Lebih 1,000 Ditahan, Dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat - Kor Ming

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Akur Buat Silap, Kor Ming Mohon Maaf ‘Ugut’ Wartawan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri Akan Cadang Pemetaan Utiliti Dalam Mesyuarat KPKT

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad