web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bertanding Di Muar Atau Tidak, Tunggu Rabu Depan - Syed Saddiq

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 7:00AM

Syed Saddiq - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Status sama ada Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mempertahankan kerusi Parlimen Muar atau sebaliknya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bakal diketahui Rabu depan.

Mantan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, keputusan mengenainya akan dimuktamadkan pada hari tersebut.

“Status saya di Muar, nantikan pengumuman Rabu depan. Apa yang penting saya menghormati institusi kehakiman.

“Malah saya turut menyarankan kepada semua penyokong MUDA supaya turut menghormati institusi kehakiman negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan pelbagai pihak supaya tidak bertanding pada PRU-15 kerana sedang berdepan pertuduhan di mahkamah.

Bagaimanapun Syed Saddiq berkata, beliau akan terus berjuang dan tidak akan membazirkan peluang diberikan untuk membela diri.

“Saya berani kerana benar. Saya akan terus berjuang demi kebenaran.

“Institusi kehakiman sudah memberikan peluang kepada saya untuk membela diri. Jadi saya tak akan membazirkan peluang itu,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Syed Saddiq untuk membela diri berhubung empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Keputusan itu dibacakan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap semua pertuduhan di akhir kes pendakwaan itu.

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk Syed Saddiq membela diri bermula 22 hingga 24 Februari serta 13 dan 14 Mac dan 10 hingga 14 April tahun hadapan.

Pada 27 September lalu, pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula 21 Jun manakala pendakwaan serta pembelaan selesai berhujah pada 6 Oktober.

Antara saksi-saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan ialah ibu dan bapa Syed Saddiq, Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff serta Rafiq Hakim Razali, iaitu bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) serta Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurul Hidayah Kamarudin, Syahmeizy Sulong dan Asbi Munip.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd ‘Afif Ali, manakala peguam Gobind Singh Deo dan Haijan Omar mewakili Syed Saddiq. - Getaran, 30 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

3

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad