web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jalan Tutup, Pengguna SPRINT Diminta Guna Jalan Alternatif Mulai Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 2:43PM

Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk menggunakan empat cadangan laluan alternatif bagi mengurangkan impak trafik di kawasan tersebut akibat penutupan jalan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuhraya SPRINT diminta menggunakan laluan alternatif di beberapa kawasan terlibat dengan penutupan jalan lebuh raya itu susulan pembinaan jejambat bertingkat baharu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), mulai esok hingga Mac tahun depan. 

Ketua Jabatan Komunikasi Lebuhraya SPRINT Shah Rizal Mohamed Fawzi berkata situasi itu melibatkan pengguna dari Petaling Jaya yang mengikuti laluan kanan ke Jalan Maarof menghala ke Bangsar di persimpangan Maarof. 

Turut terlibat, laluan dari Petaling Jaya menghala ke Kuala Lumpur melalui Pusat Bandar Damansara iaitu Jalan Johar, Jalan Beringin dan Jalan Semantan. 

"Laluan ke kanan untuk kenderaan dari Petaling Jaya ke Jalan Maarof menghala ke Bangsar di Persimpangan Maarof akan ditutup dan kenderaan akan dilencongkan ke kiri melalui Jalan Johar - Jalan Beringin - Jalan Damanlela - Jalan Damansuria - SPRINT menghala ke Petaling Jaya dan seterusnya ke kanan menggunakan jalan susur baharu di hadapan projek pembinaan Pavilion. 

"Lencongan trafik ini dijangka meruncingkan kesesakan trafik pada waktu puncak bagi kenderaan dari Petaling Jaya atau Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE)/ke Kuala Lumpur dari persimpangan Maarof sehingga ke persimpangan Semantan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau menasihatkan pengguna lebuh raya untuk menggunakan empat cadangan laluan alternatif bagi mengurangkan impak trafik di kawasan tersebut akibat penutupan jalan.

Empat laluan alternatif itu adalah Hubungan Damansara–Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)–Penchala Link–Jalan Duta–Jalan Tuanku Abdul Halim–Jalan Kuching atau Hubungan Damansara- Hubungan Kerinchi–Jalan Duta–Jalan Tuanku Abdul Halim–Jalan Kuching.

Laluan alternatif lain meliputi Hubungan Damansara–Hubungan Kerinchi–Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 ( FHR2)–Jalan Syed Putra–Jalan Kinabalu dan Hubungan Damansara– alan Dato Abu Bakar–Jalan Universiti –FHR2–Jalan Syed Putra–Jalan Kinabalu. 

Pemandu juga diminta untuk memberikan kerjasama dan mematuhi arahan papan tanda lencongan trafik serta menggunakan laluan alternatif yang dicadangkan. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad