web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bicara Kes Safiey Ilias Julai 2023, 12 Saksi Akan Dipanggil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 4:11PM

Safiey Ilias juga menghadapi dua pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menggoyang-goyangkan payu dara di hadapan mangsa - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes usahawan kosmetik Safiey Ilias yang menghadapi empat pertuduhan termasuk melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap dua remaja lelaki melalui aplikasi Instagram akan bermula 24 Julai tahun depan di Mahkamah Sesyen Ampang.

Hakim Norhazani Hamzah menetapkan empat hari bermula 24 hingga 27 Julai 2023 untuk perbicaraan kes Safiey, 28, atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias semasa sebutan kes itu hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurhashimah Hashim berkata pihaknya akan mengemukakan 12 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes berkenaan.

Safiey Ilias yang diwakili peguam Harjeet Singh Sidhu didakwa atas dua pertuduhan berkomunikasi secara seksual dengan dua mangsa menerusi aplikasi Instagramnya di kediamannya di Bandar Baru Bangi pada 9 pagi, 9 Jun 2021.

Penyanyi lagu ‘Syinta Gila’ itu juga menghadapi dua pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menggoyang-goyangkan payu dara di hadapan mangsa di lokasi, masa dan tarikh sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan Seksyen 15 (a)(i) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerugian Akibat Penipuan FB Dan IG Cecah RM302 Juta - Teo

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Zizie Izette, Alya Iman Dan Isteri Haqiem Rusli Tanggal Tudung Di Hari Raya

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Peminat Menangis Sangka Ella Berhenti Bernyanyi, Tampil Dengan Konsert Rai 35 Tahun!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad