web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permohonan Najib Cabar Keputusan Jabatan Penjara Ditolak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 2:29PM

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencabar keputusan Jabatan Penjara yang enggan membenarkan beliau menghadiri persidangan Dewan Rakyat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencabar keputusan Jabatan Penjara yang enggan membenarkan beliau menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan bahawa tiada isu yang timbul untuk dipertimbangkan oleh mahkamah, kerana Najib bukan lagi ahli parlimen berikutan pembubaran parlimen pada 10 Oktober.

"Sebaik sahaja parlimen dibubarkan, pemohon (Najib) bukan lagi seorang Ahli Parlimen. Sehingga dan melainkan pengampunan diberikan, atau sabitan diketepikan selepas semakan semula, tidak ada kemungkinan pemohon sekali lagi akan menjadi Ahli Parlimen yang pada masa sama juga seorang banduan, kerana undang-undang menghalang sesiapa yang disabit kesalahan untuk bertanding, selaras dengan Perkara 48(5) Perlembagaan Persekutuan.

”Oleh itu, permohonan kini menjadi akademik dan ia tidak mempunyai merit. Saya menolak permohonan itu kerana dianggap remeh dan menyusahkan," kata hakim.

Pada 5 Oktober lepas, Najib, 69, memfailkan permohonan mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar keengganan Jabatan Penjara membenarkan permohonannya menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Bekas perdana menteri itu menamakan kerajaan, Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara sebagai responden pertama hingga ketiga, dan memohon perintah bagi membatalkan keputusan responden ketiga untuk tidak membenarkannya akses kepada pegawai/pembantunya bagi tujuan kerja-kerja parlimen, perundangan dan kawasan.

Hakim Ahmad Kamal dalam penghakiman ringkasnya berkata memandangkan Najib bukan lagi ahli parlimen Pekan, pelepasan pengisytiharan yang dipohonnya untuk mendapat akses kepada pegawai/pembantu bagi tujuan kerja Parlimen, perundangan serta kawasan, dan mendapat akses serta kehadiran di Parlimen pada tarikh sesi/persidangan yang dijadualkan, juga bukan lagi isu yang wujud.

Beliau berkata pelepasan pengisytiharan yang dimohon Najib menjadi mustahil dengan pembubaran Parlimen, memandangkan tiada lagi persidangan Parlimen untuk beliau hadiri.

"Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya juga telah mengumumkan bahawa hari pengundian untuk Pilihan Raya Umum akan datang adalah pada 19 Nov. Ini bermakna akan ada satu lagi Kabinet akan dibentuk yang terdiri daripada Ahli Parlimen yang baru dipilih," katanya.

Beliau menyatakan bahawa hujah yang dikemukakan oleh peguam pemohon bahawa pada masa pemfailan ia adalah 'isu yang wujud', adalah tiada merit.

“Ini kerana adalah logik apabila sebarang permohonan dibuat atau difail di mahkamah, isu itu adalah ‘live issue’ yang ditetapkan semasa ia difail.

“Bagaimanapun perkara ini telah overtaken by events dengan pembubaran Parlimen. Isu yang dipersoalkan adalah sesuatu yang telah berlalu dan tidak lagi wujud. Tiada perintah yang boleh dibuat bagi memberi kesan terhadap isu itu lagi,” katanya.

Selepas hakim menyampaikan keputusannya, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu bahawa beliau akan menfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini.

Responden diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dari Jabatan Peguam Negara (AGC).

Najib kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lepas mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadapnya selepas disabit dengan kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

4

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 14 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad