web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tindakan Pantas Juruterbang Helikopter Hubungi Rakan, Mudahkan Kerja Menyelamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 9:22AM

Salah seorang daripada 5 petugas perubatan termasuk seorang doktor yang mengalami kecederaan dibawa keluar dari lokasi selepas helikopter yang dinaiki mereka terhempas semasa melakukan pendaratan cemas di kawasan Brinchang, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CAMERON HIGHLANDS - Tindakan pantas juruterbang Kapten Fedzrol Norazam yang menghubungi rakannya memberitahu helikopter dibawanya terhempas, membolehkan pihak berkuasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan pantas.

Fedzrol, 43, merupakan juruterbang helikopter yang membawa lima anggota pasukan perubatan dalam perjalanan pulang dari Gua Musang, Kelantan ke Ulu Kinta, Ipoh, yang terhempas di Hutan Simpan Bukit Kinta.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata melalui maklumat awal yang diperoleh pihaknya, juruterbang berkenaan telah menghubungi rakannya di Ipoh yang kemudian melaporkan perkara itu kepada Jabatan Penerbangan Awam (CAAM).

“Berikutan itu kita telah mendapat maklumat mengenai kedudukan helikopter berkenaan dan operasi mencari dan menyelamat mangsa berusia lingkungan 31 hingga 48 tahun, dapat dijalankan dengan kadar segera,” katanya dalam sidang media di Pejabat Daerah  dan Tanah Cameron Highlands, di sini, malam tadi.

Turut hadir Pegawai Daerah Cameron Highlands Syed Ahmad Khirulanwar Al Yahya Syed Abdul Rahman.

Mohd Yusri berkata ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi nahas, semua mangsa berjaya keluar daripada helikopter dan berada di tempat yang selamat.

“Dua penumpang mengalami kecederaan yang agak teruk, seorang jururawat patah kaki dan seorang cedera di bahagian lutut. Semua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom (di sini) dan sedang menerima rawatan di wad kecemasan,” katanya.

Mohd Yusri berkata operasi mencari dan menyelamat telah ditamatkan pada pukul 9 malam, selepas mangsa terakhir dibawa ke hospital.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, helikopter berkenaan berada pada laluannya ketika kejadian bagaimanapun menghadapi cuaca buruk seperti hujan dan berkabus.

“Siasatan lanjut mengenai insiden ini dan kerja-kerja mengeluarkan bangkai pesawat akan dijalankan CAAM (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia),” katanya.

Terdahulu, CAAM mengesahkan telah menerima maklumat berhubung kemalangan udara, membabitkan sebuah helikopter jenis Airbus AS 355 F2 dengan nombor pendaftaran 9M-SSW di Cameron Highlands itu pada 1.03 tengah hari.

Helikopter berkenaan dikendalikan oleh Layang Layang Aerospace Sdn Bhd. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 15 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar