Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Trauma, Takut Terperangkap Dalam Gua Tempurung - Mangsa

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 7:26AM

Seramai 30 kru penggambaran filem antarabangsa yang terperangkap di belakang Gua Tempurung di Gopeng, dekat sini, berjaya dibawa keluar. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GOPENG - "Saya berasa trauma dan ketakutan semasa kejadian (kepala air) dan hanya terfikir untuk menyelamatkan diri dan peralatan penggambaran sahaja," demikian kata Muhd Aidilfitri Ilias, seorang daripada 30 kru penggambaran sebuah filem antarabangsa yang terperangkap berhampiran Gua Tempurung di sini hari ini.

Muhd Aidilfitri, 20, yang baru dua bulan bekerja sebagai kru produksi filem berkenaan berkata air mendadak sehingga ke paras pinggang dan keadaan ketika itu sangat kelam kabut dan panik.

"Kami mula masuk ke dalam Gua Tempurung pada 8 pagi tadi (semalam) untuk menjalani penggambaran. Kira-kira pukul 4 petang, air tiba-tiba masuk ke dalam gua dan naik secara mendadak, kami terperangkap dua jam di dalam gua sebelum dapat menyelamatkan diri dengan keluar dari gua tersebut.

"Saya hubungi kru yang berada di luar gua memaklumkan mengenai kejadian itu supaya mereka menelefon pihak bomba," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini malam tadi.

Muhd Aidilfitri berkata kesemua mereka yang terperangkap berjalan keluar dengan membawa kesemua peralatan penggambaran dari gua dengan menggunakan tali. 

"Di lokasi kejadian memang tiada air tetapi kejadian kepala air itu berlaku kerana ada laluan air di pintu masuk gua berkenaan," katanya yang berasal dari Gopeng. 

Sementara itu, Mohd Fitri Shah Abdullah, 25, bersyukur apabila kesemua mereka terselamat dalam kejadian berkenaan.

"Kami tidak boleh menghubungi sesiapa kerana talian komunikasi terhad dan hanya menggunakan 'walkie talkie' sahaja untuk menghubungi kru yang lain," katanya.

Dalam kejadian petang tadi, seramai 30 kru penggambaran filem antarabangsa yang terperangkap di belakang Gua Tempurung di sini selepas laluan keluar gua itu dinaiki air berikutan hujan lebat petang semalam, selamat dan berjaya dibawa keluar.

Dalam satu kenyataan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata jumlah kru yang terlibat dalam aktiviti penggambaran di kawasan itu adalah seramai 80 orang dan yang terperangkap adalah seramai 30 orang terdiri daripada warga tempatan dan warga Singapura.

Katanya, kesemua mangsa terperangkap berjaya diselamatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada anggota polis dan bomba dan kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

Semasa 1 hari yang lalu

Perintah Bela Diri Bung Moktar, Isteri Bercanggah Dengan Keterangan Di Mahkamah

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Salah Guna Kuasa Anak Lelaki: MB Perlis Beri Keterangan Di SPRM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 10 jam yang lalu

SPRM Tahan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembekalan Air, Pemilik Syarikat