web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Biasanya Orang Bersalah, Dia Diam’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 7:59PM

Tommy Thomas - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan sikap berdiam diri pihak tertentu berhubung laporan pasukan khas siasatan membabitkan memoir tulisan mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Beliau berkata, kebiasaannya ‘orang bersalah’ akan berdiam diri jika terbabit sama. 

“Saya tidak tahu mengapa diam? Biasanya orang yang rasa bersalah, dia diamlah. Itu biasanya.

“Tapi saya tidak tahu (pendirian) mereka dalam isu ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Taklimat Khas Perdana Menteri Sempena PRU-15 dan Monsun Laut 2022 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini. 

Ismail Sabri ditanya berhubung tindakan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang belum mengulas mengenai hasil siasatan serta cadangan Pasukan Petugas Khas (STF) ke atas dakwaan dalam buku memoir Tommy. 

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, terserah kepada pihak berkuasa untuk menyiasat Tommy mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Katanya, antara peruntukan itu adalah di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita sudah nyahfikasikan, sesiapa saja boleh lihat laporan ini di laman Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Ditanya berhubung isu penyertaan Parti Bangsa Malaysia (PBM) ke dalam Barisan Nasional (BN), Ismail Sabri berkata, perkara itu masih dalam pertimbangan. - Getaran, 25 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Rayuan Najib Untuk Kembalikan Saman Terhadap Tommy Thomas Didengar 5 Februari

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad