web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


GTA Akan Kembalikan Perjuangan Asal UMNO - Dr Mahathir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 10:35AM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, Gerakan Tanah Air (GTA) adalah gabungan politik yang ditubuhkan untuk melindungi dan memajukan orang Melayu.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi GTA berkata, gabungan itu akan kembali kepada perjuangan asal UMNO.

Menurutnya, kerajaan bakal ditadbir GTA mampu memulihkan negara dan memajukan orang Melayu, seperti dilakukan UMNO.

“Dahulu orang Melayu dilindungi kerajaan yang didominasi orang Melayu, iaitu UMNO.

“Tetapi UMNO di bawah (Datuk Seri) Najib Razak sudah ubah perjuangan UMNO daripada melindungi dan memajukan orang Melayu kepada memperkayakan diri pemimpin UMNO,” katanya menerusi kenyataan.

Jelas Dr Mahathir, tumpuan GTA bukan untuk mendapatkan tempat bagi pemimpinnya, tetapi memulih politik, ekonomi dan kewangan negara.

Beliau berkata, GTA akan mengatasi kemiskinan yang melemahkan ekonomi Melayu sehingga ‘menjual’ tanah air.

Jelasnya, GTA menggunakan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana kerajaan tidak melulus pendaftaran GTA.

Namun begitu, tambahnya, PEJUANG seperti juga GTA adalah gerakan rakyat Melayu yang prihatin terhadap masalah kaum itu yang tidak dipedulikan UMNO.

“Oleh itu, undilah PEJUANG yang mewakili GTA untuk memelihara masa depan orang Melayu dan menentukan mereka dapat bahagian dalam negara berbilang kaum ini,” katanya. - Getaran, 25 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan