web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Hutang Subkontraktor DASH, Kementerian Kerja Raya Bersikap Lepas Tangan 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 1:45PM

Projek Lebuhraya DASH yang bernilai RM4.2 bilion dimiliki PROLINTAS manakala kontraktor utama, Turnpike Synergy Sdn Bhd adalah milik PROLINTAS sepenuhnya. - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan seolah-bersikap lepas tangan berhubung pertelagahan melibatkan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) dan sub kontraktor yang masih belum dibayar sehingga hari ini, walaupun setelah Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) siap dibina.

Akhbar mingguan The Edge memetik Menteri Kerja Raya sementara, Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai berkata, kerajaan tidak akan masuk campur dalam konflik itu susulan beberapa isu berkaitan perundangan dan kontrak.

“Ia melibatkan isu kontrak. Kontraktor dipecat kerana gagal melakukan kerja dengan baik. Ia adalah isu perundangan yang kita tidak boleh campur tangan,” katanya dipetik sebagai berkata.

Menjelaskan bahawa kerajaan tidak boleh campur tangan kerana DASH ialah projek swasta, Fadillah berkata isu bayaran ke atas subkontraktor perlu diselesaikan bersama kontraktor utama.

“Saya diberitahu kontraktor utama telah menerima semua bayaran yang sepatutnya dijelaskan,” katanya.

Gambar oleh Abdul Razak Latif
Gambar oleh Abdul Razak Latif

Alasan diberikan Fadillah itu mungkin tidak boleh diterima subkontraktor yang ada.

Projek Lebuhraya DASH yang bernilai RM4.2 bilion itu dimiliki PROLINTAS manakala kontraktor utama iaitu Turnpike Synergy Sdn Bhd adalah milik PROLINTAS sepenuhnya. 

PROLINTAS ialah anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Kesemua subkontraktor berkenaan masih menanti bayaran masing-masing, berjumlah antara RM80 hingga RM100 juta. Ini adalah jumlah hutang yang perlu ditanggung Turnpike Synergy.

Respon diberikan Fadillah ternyata menghapuskan harapan subkontraktor yang berharap bakal ada penyelesaian ke atas isu tersebut, susulan jaminan diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabr Yaakob bahawa perkara itu akan ditangani dengan sewajarnya.

Gambar oleh Abdul Razak Latif
Gambar oleh Abdul Razak Latif

Perdana Menteri turut mempersoalkan, mengapa kesemua subkontraktor terlibat masih belum menerima bayaran dijanjikan.

Kesemua mereka kini bergabung di bawah Konsortium Melima, terdiri daripada Pembinaan Melima (M) Sdn Bhd; Tropical Profile (M) Sdn Bhd; Pembinaan Tin Chai Sdn Bhd; dan 

Konsortium Melima yang bertanggungjawab ke atas Pakej CA4 daripada lapan pakej kerja, ditubuhkan pada 2019 apabila khidmat Panzana Enterprise Sdn Bhd dihentikan.

Kesemua empat subkontraktor Konsortium Melima itu sedang melaksanakan kerja-kerja diberi Panzana apabila projek berkenaan diambil alin Turnpike Synergy.

Mereka terus bekerja walaupun tanpa kontrak baharu dan sudah menyempurnakan 85 peratus kerja sebelum pemecatan Panzana.

Kementerian Kerja Raya menerusi kenyataan pada 18 Oktober lalu berkata, pemegang konsesi Projek Lintasan Damansara -Shah Alam Sdn Bhd (PLDASH) bertanggungjawab menjelaskan semua bayaran.

Menurut kementerian, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sudah diarah berbincang bersama semu pihak terlibat untuk mencari penyelesaian.

Mereka dijangka bertemu LLM pada 27 Oktober ini, susulan permohonan bertulis dibuat Konsortium Melima. - The Vibes, 24 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KKR Sahkan Jejambat SPE Tidak Retak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Projek Pelebaran Lebuhraya PLUS Diteruskan Sehingga Ayer Hitam - Ahmad Maslan

4

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Kerja Penyelenggaraan Pada Hari Mengundi Bagi Pastikan Trafik Lancar

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad