web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cubaan Seludup Hampir 2,000Kg Beras Tumpas

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 10:33AM

PGA9 berjaya mematahkan cubaan seludup beras di Kelantan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANAH MERAH - Permintaan tinggi terhadap beras Thailand di sepanjang Ramadan ini menyebabkan penyeludupan barangan itu semakin menjadi-jadi di Kelantan.

Namun, kecekapan Pasukan Gerakan Am (PGA9) di Pengkalan Haram Tar, Kampung Lalang Pepuyu di sini berjaya menumpaskan cubaan menyeludup 77 guni beras seberat 1,925 kilogram, bernilai RM7,700, semalam.

Kesemua beras berkenaan cuba dibawa masuk menggunakan kenderaan pacuan empat roda dari jenis Mitsubishi Pajero.

Pegawai Pemerintah PGA9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, rampasan pada jam 12.15 tengah malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota PGA0 menerusi Op Benteng COVID.

Menurut  beliau, rondaan dan pemantauan hasil maklumat awam itu berjaya menemukan polis dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna biru, jenis Mitsubishi Pajero yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

"Kenderaan itu ditahan dan pemandu memberhentikan kenderaan sebelum suspek bertindak melarikan diri ke arah semak berhampiran dan gagal dikesan.

"Pemeriksaan awal terhadap kenderaan menemui guni yang mengandungi paket berisi beras di bahagian tempat duduk penumpang hadapan, belakang dan di dalam but kereta,” katanya hari ini.

Menurut Nor Azizan, kenderaan terbabit bersama muatan yang terdapat itu dibawa ke Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am, Lubok Stol untuk pemeriksaan menyeluruh.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawalselia Padi Dan Beras Negara 1994. - Getaran, 16 April 2021CAPTION :

Beras yang diseludup dari Thailand dirampas oleh pegawai dan anggota PGA9 di Pengkalan Haram Tar, Kampung Lalang Pepuyu di sini, semalam.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar