web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Disyaki Rogol Kanak-Kanak 8 Tahun Direman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 6:42PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga tempatan ditahan polis sehari selepas disyaki merogol kanak-kanak berusia lapan tahun dalam kejadian di Semporna, Sabah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, penahanan itu dibuat semalam, selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu saudara mangsa sekitar pukul 12.09 tengah malam pada hari sama.

Menurutnya, pengadu memaklumkan bahawa pada kira-kira jam 8.30 malam Khamis lalu, anak saudaranya mengadu seorang lelaki membawanya menaiki kenderaan jenis Toyota Hilux semasa berada di Pekan Semporna, sebelum ke tempat tidak diketahui.

“Pada hari sama, kira-kira 9.30 malam, anak saudaranya ditemui rakan mangsa dalam keadaan lemah di belakang sebuah pasar raya di Pekan Semporna.

“Mangsa memaklumkan dirogol suspek yang menghantarnya ke tempat dia ditemui.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Semporna dan kemudian (dirujuk) ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mohd Farhan Lee berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, menangkap suspek, iaitu seorang lelaki berusia 40 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Semporna pada kira-kira jam 2.30 pagi semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan merogol kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun, selain dikenakan sebatan.

“Suspek sudah ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Pihak polis memohon kerjasama orang awam atau saksi kejadian supaya tampil membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Adham Ramli di talian 011-10145004 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – Getaran, 22 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad