web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Kesan Penipuan Guna Maybank2U Palsu

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 7:48AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan satu bentuk penipuan dalam talian melibatkan beberapa kes yang menggunakan laman sesawang Maybank2U palsu bagi mengambil wang dalam akaun mangsa tanpa disedari.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata dalam kes ini, sindiket ini akan menghantar e-mel kepada mangsa yang kononnya e-mel itu dihantar oleh pihak Maybank dengan menyatakan akaun milik mangsa mempunyai masalah keselamatan.

Beliau berkata mangsa kemudiannya diminta untuk menekan pautan yang disertakan di dalam e-mel berkenaan.

“Setelah pautan ditekan laman sesawang seperti Maybank2U akan dipaparkan, namun tanpa disedari ianya merupakan laman sesawang palsu dan mangsa kemudiannya dikehendaki mengemas kini butiran peripadi, kata laluan serta nombor telefon melalui laman sesawang terbabit.

“Tidak lama setelah pengemaskinian dilakukan, mangsa akan mendapati wang di dalam akaun miliknya telah berkurangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata berdasarkan rekod, PDRM menerima sebanyak empat laporan berkaitan kes penipuan melalui pautan Maybank2U palsu melibatkan kerugian sebanyak RM22,300 dan suspek belum dikenal pasti.

Zainuddin berkata kaedah perbankan dalam talian telah menyediakan satu platform ytang membolehkan pengguna melakukan urusan perbankan secara lebih cepat dan mudah.

“Bagaimanapun, kaedah ini turut dimanipulasikan oleh sindiket penipuan melalui pewujudan laman sesawang palsu yang menyerupai laman sesawang asal bank yang berkaitan.

Dalam kes yang terbaru, pautan laman sesawang palsu tersebut diperoleh mangsa melalui iklan cabutan bertuah Maybank yang dipaparkan melalui Facebook.

Beliau berkata orang ramai diingatkan untuk sentiasa berhati-hati agar tidak menjadi mangsa sindiket penipuan sebegini dan haruslah memastikan alamat URL yang dipaparkan bagi laman sesawang Maybank2U yang dibuka adalah sama dengan laman sesawang bank itu.

“Dapatkan pengesahan dengan pihak bank sekiranya menerima e-mel yang mengarahkan anda untuk mengemas kini maklumat peribadi melalui laman sesawang Maybank2U.

Berhubung dengan CCID Scam Responce Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 jika anda mempunyai sebarang kemusykilan ataupun keraguan berkaitan sesuatu urusan yang disyaki mempunyai kaitan dengan penipuan (scam),” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar