web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aliran Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama Petang Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 3:44PM

Aliran trafik di Genting Sempah (kiri) dan Gombak menunjukkan peningkatan kenderaan berikutan cuti panjang sempena perayaan Deepavali Isnin ini. - Gambar dari Twitter LLM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan setakat 2.30 petang ini berikutan cuti panjang sempena perayaan Deepavali Isnin ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik perlahan dari Senai menghala Pulai, Jasin ke Ayer Keroh, Port Dickson ke Senawang, Putra Mahkota ke Seremban dan Seremban ke Port Dickson.

Menurutnya, bagi arah utara negara, aliran trafik perlahan di Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah, Gopeng menghala Hentian Sebelah Simpang Pulai dan Bandar Baru ke Jawi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik perlahan sejauh 14 kilometer masing-masing dari Gombak ke Genting Sempah dan Bukit Tinggi ke Bentong.

Bagaimanapun, katanya aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 pula setakat ini masih lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter melalui www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad