web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penunggang Grab Food Maut Dihempap Pokok

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2021 9:13PM

Seorang penghantar makanan Grab Food maut selepas ditimpa pokok ketika berada di Alam Damai, Taman Leng Seng, Cheras, petang tadi. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar makanan Grab Food maut selepas sebatang pokok tiba-tiba tumbang sebelum menghempap mangsa, ketika berada di Alam Damai, Taman Len Seng, Cheras, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, sebatang pokok dikatakan tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang sebelum menimpa mangsa yang berusia 20 tahun.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, tiga wanita yang berada di dalam sebuah kenderaan di lokasi sama terselamat dari tragedi itu.

Lelaki terbabit dikatakan diangkat oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian, sebelum dibawa ke Stesen Minyak Petronas Alam Damai di sini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu, lalu mengerahkan sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat Cheras, ke lokasi kejadian pada jam 4.19 petang.

"Sebaik tiba di lokasi pada jam 4.28 petang, pasukan bomba yang diketuai Zaimi Mat Yusuf Ahmad, bersama lima anggota lain melaporkan seorang lelaki disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

"Pada masa ini usaha pasukan bomba adalah memotong dan mengalihkan pokok-pokok tumbang seterusnya memastikan kawasan dalam keadaan selamat," katanya.

Terdahulu, video dan gambar mangsa yang dibawa oleh orang ramai dalam keadaan hujan lebat ke arah Petronas, sebelum dibaringkan di perkarangan stesen minyak, tular di media sosial.

Anggota Bomba membantu mengalihkan pokok tumbang susulan hujan lebat di sekitar Kuala Lumpur, petang tadi. - Gambar Bomba KL
Anggota Bomba membantu mengalihkan pokok tumbang susulan hujan lebat di sekitar Kuala Lumpur, petang tadi. - Gambar Bomba KL

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat turut merekodkan sebanyak tujuh kejadian pokok tumbang di sekitar ibu negara susulan hujan lebat petang tadi.

"Lokasi lain kejadian pokok tumbang adalah di Seksyen 2, Wangsa Maju; Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam; Kampung Padang Merbuk; Jalan Melati, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2)-Hulu Klang; kawasan berhampiran Wisma Tani, Jalan Bukit Tunku dan Jalan Tijani, Bukit Tunku.

"Sejak jam 4.30 petang tadi sehingga jam 6 petang, pihak bomba sedang melakukan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok-pokok yang tumbang, bagi memastikan setiap kawasan dalam keadaan selamat," katanya pusat operasi lagi.

Sebatang pokok menghempap sebuah kereta selepas hujan lebat di ibu negara, petang tadi. - Gambar dari Bomba KL
Sebatang pokok menghempap sebuah kereta selepas hujan lebat di ibu negara, petang tadi. - Gambar dari Bomba KL

Katanya,  ada antara pokok tumbang itu menghalang lalu-lintas sehingga menyebabkan kesesakan.

Antara Balai Bomba Penyelamat (BBP) yang terbabit dalam operasi menyelamat hari ini adalah BBP Cheras, BBP Wangsa Maju, BBP Pantai, BBP Seputeh, BBP Sentul, BBP Gombak Selatan, BBP Hang Tuah dan BBP Sri Hartamas.- Getaran, 15 April 2021
 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar