web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KJ Akan Bertanding Di Kuala Pilah?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 11:48AM

Khairy Jamaluddin - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkemungkinan bertanding di Parlimen Kuala Pilah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), selepas mengosongkan kerusi Rembau bagi memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut laporan sebuah media, mantan Ketua Pemuda UMNO itu akan bertembung dengan Setiausaha akhbar Menteri Besar Negeri Sembilan, Norazman Mohamad yang bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH).

Kerusi Kuala Pilah dilihat lebih selamat memandangkan ia antara kubu kuat UMNO dengan empat daripada lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Juasseh, Seri Menanti, Senaling dan Johol adalah milik UMNO.

Memetik sumber UMNO, Khairy perlu bertanding di kerusi selamat bagi memastikannya menang kerana beliau adalah aset parti dan mempunyai masa depan cerah dalam politik.

“Jadi kerusi Port Dickson tidak sesuai buat Khairy dan ada juga cadangan untuk letakkan beliau di Kuala Pilah, tengoklah nanti keputusan parti macam mana,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Khairy sebelum ini mengesahkan tidak akan mempertahankan Parlimen Rembau pada PRU-15, selepas beliau diarah mengosongkan kerusi itu oleh Mohamad yang mahu bertanding di kawasan tersebut.

Pada masa sama, Mohamad juga dilaporkan bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Khairy kemudian dipetik sebagai berkata, beliau terpaksa akur dengan arahan itu walaupun tidak pernah bersedia untuk bertanding di mana-mana Parlimen lain, memandangkan sudah lebih 20 tahun berpolitik di Rembau.

Kesediaan Khairy memberi laluan kepada Mohamad untuk bersaing di kerusi Parlimen Rembau pada PRU-15, mencetuskan persoalan, di mana pula Menteri Kesihatan itu bakal bertanding.

Beberapa penganalisis politik berpendapat, mantan Ketua Pemuda UMNO tersebut lebih sesuai bertanding di Parlimen Putrajaya dan Seremban.

Selain itu, terdapat spekulasi bahawa beliau akan bertanding di Port Dickson atau Tampin. - Getaran, 21 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini