web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Meta Umum Inisiatif Perangi Maklumat Salah, Lindungi Integriti Menjelang PRU-15

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 9:05AM

Meta bersedia sepenuhnya berdepan PRU-15 dengan berkongsi usaha dalam membantu melindungi integriti pilihan raya itu. - Gambar Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pemilik Facebook, Meta bersedia sepenuhnya menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan berkongsi usahanya dalam membantu melindungi integriti pilihan raya itu, selain inisiatif berterusan untuk memerangi maklumat salah, ucapan kebencian dan pelaburan dalam literasi digital di Malaysia.

Ketua Jabatan Patriotik dan Jangkauan Kerajaannya berkata, matlamat mereka adalah untuk menyukarkan campur tangan pada pilihan raya dan memudahkan pengguna untuk bersuara sepanjang proses terbabit.

“Meta komited dalam menangani kandungan berbahaya di platform kami yang dijangka mungkin akan meningkat sepanjang pilihan raya ini. Ini termasuk maklumat salah, salah pernyataan dan campur tangan serta ucapan kebencian,” katanya.

Gambar Nooreeza Hashim
Gambar Nooreeza Hashim

Beliau berkata, Meta juga mempunyai pasukan khas yang bertanggungjawab atas setiap pilihan raya bakal menjelang di serata dunia.

“(Ia) kerana adalah sangat penting bagi kami sebagai sebuah syarikat, memastikan usaha kami selaras menjelang PRU-15 ini,” katanya.

Ketua Dasar Awam Malaysia di Meta, Noudhy Valdryno berkata, inisiatif syarikat itu bertujuan untuk melindungi integriti pilihan raya di Malaysia yang dibina berdasarkan usaha dan pelaburan berterusan untuk meningkatkan ketelusan iklan, menambah baik penguatkuasaan pelanggaran kandungannya dan menyokong celik digital di Malaysia.

“Kami komited untuk meneruskan kerja ini menjelang, semasa dan selepas hari mengundi,” katanya.

Berikut adalah inisiatif Meta dalam menghadapi PRU-15:

Menyokong pengundi berpengetahuan

Meta berkongsi amalan terbaik kepada pihak berkuasa pilihan raya dan pihak berkaitan, termasuk agensi kerajaan, organisasi media, badan pemantau pilihan raya, badan bukan kerajaan (NGO) serta calon pilihan raya mengenai cara menggunakan aplikasinya dengan berkesan dan bertanggungjawab.

Selain itu, ia turut menyokong penerbit berita untuk menghasilkan kandungan bertanggungjawab dan berkualiti, malah akan memudahkan pengguna memperoleh maklumat rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

Memerangi maklumat salah

Sejak beberapa tahun lalu, Meta mempertingkatkan usaha untuk memerangi maklumat salah dengan membuat peruntukan ke atas pasukan, teknologi dan usaha sama demi memastikan keselamatan pengguna platform Meta.

Ini termasuk pengeluaran kandungan di Facebook dan Instagram yang tidak menggalakkan atau mengganggu pengundian, contohnya maklumat tidak betul mengenai tarikh pilihan raya atau nombor calon.

Meta juga bekerjasama dengan organisasi penyemak fakta bebas untuk mengesahkan kebenaran siaran dilaporkan tetapi tidak menyalahi Standard Komuniti - di Malaysia, Meta bekerjasama dengan Agence France-Presse (AFP).

Apabila penyemak fakta menandakan sesebuah siaran sebagai palsu, sudah diubah atau sebahagian fakta palsu, capaian dan pengedarannya di Facebook akan dikurangkan.

Di Instagram, kandungan sebegini akan ditapis keluar dari ‘Explore’ serta kurang dipaparkan di ‘Feed’ dan ‘Story. Pengguna yang masih dapat melihat kandungan ini dalam akses mereka akan dipaparkan dengan label dan pautan yang memberikan mereka lebih banyak maklumat daripada penyemak fakta.

Di WhatsApp, memandangkan mesej ‘disulitkan dari hujung ke hujung’, ia bermakna tiada sesiapa kecuali pengirim dan penerima sahaja dapat membacanya dan ia memperkenalkan langkah untuk mengurangkan penularan mesej.

Di samping itu, terdapat had dikenakan dalam pemajuan mesej yang mana sekiranya sesebuah mesej pernah dimajukan, anda hanya boleh memajukan semula ia ke lima perbualan pada masa sama, termasuk maksima satu sahaja perbualan kumpulan.

Ini menjadikan WhatsApp, satu daripada sekumpulan kecil syarikat teknologi yang mengekang perkongsian secara sengaja. Langkah ini mengurangkan lebih 25 peratus daripada jumlah mesej dimajukan di WhatsApp.

Mesej dimajukan sebanyak lima kali atau lebih (ditandakan dengan simbol dua anak panah) hanya boleh dikirim semula kepada satu sahaja perbualan dan ini membawa pengurangan global sebanyak 70 peratus daripada jumlah mesej kerap dimajukan.

Menyokong Celik Digital

Meta melancarkan We Think Digital (WTD), program celik digital dan kewarganegaraan, untuk membantu melengkapkan orang ramai dengan kemahiran berfikir secara kritis mengenai maklumat mereka temui dalam talian, mengesan berita palsu dan menjadi warga digital bertanggungjawab.

Melalui perkongsian Meta dengan Teach for Malaysia (TFM), program itu melatih lebih 2,640 pelajar daripada lebih 200 sekolah di seluruh negara, termasuk melengkapkan modul WTD yang diperkenalkan baru-baru ini mengenai cara mengenal pasti dan melaporkan penipuan dalam talian .

Gambar Nooreeza Hashim
Gambar Nooreeza Hashim

Pada tahun ini, TFM juga mengadakan pertandingan pelajar di seluruh negara yang mencabar pelajar untuk meletakkan pengetahuan literasi digital mereka dalam mewujudkan kempen kesedaran berkaitan keselamatan dalam talian dan mencapai lebih 800 pelajar.

Meta juga memperluaskan perkongsian WTD dengan Universiti Malaya (UM) untuk melengkapkan kira-kira 300 duta pelajar untuk kerakyatan digital.

Mempertingkatkan ketelusan iklan politik

Meta berkata bahawa mereka menyasarkan untuk memaklumkan orang ramai mengenai entiti di sebalik iklan dilihat mereka merentas APL mereka supaya mereka boleh membuat keputusan termaklum pada hari mengundi.

Pengiklan di Malaysia dikehendaki melengkapkan proses kebenaran dan menyertakan penafian ‘dibayar oleh’ pada iklan ini.

Iklan mengenai pilihan raya atau politik yang sedang dijalankan di Malaysia juga akan dipaparkan dalam Pustaka Iklan supaya orang ramai dapat melihat iklan sedang disiarkan, siapa yang melihatnya dan berapa banyak dibelanjakan. Arkib yang boleh diakses sepenuhnya ini menyimpan iklan selama tujuh tahun. – The Vibes, 21 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar