web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Masih Belum Terlambat Untuk Menteri Kabinet Dipecat’ - Abd Latiff

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2022 12:08PM

Abd Latiff Ahmad - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anggota Kabinet daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mendakwa beliau boleh memecat anggota Jemaah Menteri yang tidak bersetuju dengan pembubaran Parlimen.

Menurut Abd Latiff yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), masih belum terlambat untuk Ismail Sabri memecat anggota Jemaah Menteri Perikatan Nasional (PN) yang memangku jawatan ketika ini.

Katanya, kenyataan ‘pecat menteri’ itu tidak sepatutnya disebut dalam ucapan politik walaupun disampaikan secara gurauan dan sinikal.

“Memang kita tahu Perdana Menteri mempunyai kuasa “hire and fire”, namun kami pun ada MARUAH, tidak perlu pecat kami, kami pun boleh letak jawatan lebih awal.

“Kami masih teringat dua orang Menteri UMNO yang letak jawatan semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri kelapan dulu. Kami masih lagi anggota Kabinet ‘caretaker’.

“Masih belum terlambat untuk dipecat. Mungkin Ismail Sabri boleh mencipta sejarah dengan memecat anggota Kabinet dalam masa ‘injury time”,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ismail Sabri baru-baru ini mengenai ‘pecat menteri’, dipercayai merujuk pada tindakan 12 menteri PN yang menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah pembubaran Parlimen.

Pada Isnin lalu, Ismail Sabri dalam ucapannya ketika Majlis Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran Negeri Perak di Bagan Datuk, mendedahkan beliau ada memberi bayangan mengenai pembubaran Parlimen dalam Kabinet.

Penyandang Parlimen Bera itu berkata, perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet terakhir pada 7 Oktober lalu, yang mana beliau memaklumkan akan membubar Kabinet jika ada yang tidak bersetuju dengan pembubaran Parlimen.

“Silap, patutnya saya pecat semua sekali, tapi saya tidaklah seperti itu. Saya orangnya baik, lemah lembut, tetapi bukan lembut,” katanya.

Bagaimanapun Abd Latiff mendakwa isu pembubaran Parlimen tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri sebelum Perdana Menteri memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, ucapan Ismail Sabri dalam program di Bagan Datuk, Perak pada 17 Oktober lalu tidak tepat dan mengelirukan.

“Kita berbincang hal persediaan pilihanraya bersekali dengan persediaan bencana, Monsun Timur Laut (MTL) dan persediaan Bajet 2023. Pembentangan Bajet 2023 diawalkan mendapat persetujuan anggota Kabinet lebih awal, seingat saya tiga kali dibincangkan.

“Cuma (perkara PRU-15) Perdana Menteri kesembilan (Ismail Sabri) tidak pernah meminta mandat daripada anggota Kabinet mengenai tarikh pembubaran Parlimen. Beliau ada menyatakan bahawa kita utamakan persediaan bencana, MTL dan kos barangan daripada perkara PRU-15,” katanya.

Tegas beliau, jika Perdana Menteri menyatakan hasrat untuk membubarkan Parlimen secara terus terang dan ikhlas, beliau yakin Anggota Kabinet akan bersetuju mengenainya.

Malah katanya, Ismail Sabri masih berteka-teki apabila seorang Menteri Kanan bertanyakan kepada beliau mengenai pembubaran Parlimen pada 7 Oktober lalu.

Pada 6 Oktober lalu, 12 menteri PN mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pendirian gabungan itu menolak PRU-15 diadakan tahun ini.

12 Menteri itu memberikan alasan faktor musim tengkujuh dan usaha pemulihan ekonomi negara tidak mewajarkan PRU-15 diadakan segera. - Getaran, 19 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar