web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keluarga Pemain Pertahanan PJ City Terima Bantuan PERKESO

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 11:51AM

Rajes Perumal meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan motosikal, kelmarin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keluarga mendiang pemain pertahanan Petaling Jaya City FC (PJ City), Rajes Perumal akan menerima bantuan kewangan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Pengerusi PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, kehilangan Rajes amat mendukacitakan kerana mendiang meninggalkan seorang isteri dan tiga cahaya mata, dengan anak bongsunya berusia lapan bulan.

“Sebagai pengerusi PERKESO, saya telah mengatur sedikit bantuan untuk keluarganya. Dalam beberapa hari akan datang, kami akan menghulurkan sedikit bantuan kewangan untuk mereka.

"Kami juga sedang meneliti untuk menyediakan keluarganya dengan pendapatan bulanan sehingga tempoh tertentu," katanya kepada The Vibes selepas sidang media di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Subahan Kamal
Subahan Kamal

Subahan yang juga Presiden PJ City berkata, pengurusan tertinggi kelab itu juga akan mencari jalan untuk membantu keluarga Rajes dan memastikan kebajikan anaknya terjaga.

“Bagi kelab, kami amat sedih mendengar berita pagi tadi (semalam) dan akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk membantu keluarganya,” katanya.

Menurut beliau, pemergian Rajes begitu dirasai kerana dirinya mengenali rapat pemain itu sebelum berkhidmat di PJ City.

“Saya amat mengenalinya kerana dia tinggal di Batu Caves dan saya berasal dari Selayang. Saya juga mengenalinya semasa saya bersama Persatuan Bolasepak Selangor kerana dia bermain dengan PKNS ketika itu.

"Dia pemain berdisiplin dan seorang lelaki yang baik dan mengutamakan keluarga," katanya.

Tambah Subahan, Rajes turut beraksi bersama skuad PJ City yang menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 Sabtu lalu dan sudah tidak sabar untuk perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim pada saingan Piala Malaysia.

Terdahulu, Ketua Jurulatih PJ City P. Maniam berkata, Rajes meninggal dunia akibat kecederaan di kepala akibat kemalangan motosikal awal pagi semalam.

Rajes sebelum ini pernah bermain untuk PKNS FC dari 2011 hingga 2013, dengan membantu pasukan itu memenangi Liga Perdana pada tahun pertamanya di sana.

Pemain pertahanan itu kemudiannya berpindah ke Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC, sebelum kembali ke PKNS dan kali terakhir menyarung jersi PJ City. - The Vibes, 18 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad