web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nama Kian Masyhur, Cikgu Fadli Ulangi Pendirian Tak Mahu Terbabit Politik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 8:56PM

Mohd Fadli turut mempertikaikan silibus Matematik yang disifatkan terlalu tinggi dan tidak berpadanan dengan keupayaan pelajar. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Guru, Mohd Fadli Salleh yang namanya kini ‘panas’ selepas berdepan kemungkinan dipecat Kementerian Pendidikan (KPM), sekali lagi mengulangi pendirian untuk tidak terbabit dalam politik.

Menurut beliau, semua ahli politik bagaimanapun tidak dilarang menggunakan insiden yang menimpa dirinya jika benar mereka ikhlas dan jujur untuk memperjuangkan isu berkaitan sistem pendidikan negara.

“Kalian yang jujur nak tolong perjuangkan isu pendidikan kita agar disegani dan dihormati, teruskan perjuangan kalian. Masukkan apa saja yang perlu dalam manifesto untuk menarik sokongan rakyat.

“Silakan guna isu pendidikan atas pentas politik dan ceramah berapi kalian. Sila realisasikan setiap cadangan baik dan bernas untuk kebaikan rakyat Malaysia. Namun untuk heret saya naik ke pentas politik kalian, tidak sama sekali. Tak kira parti mana, PH (Pakatan Harapan) atau PN (Perikatan Nasional), atau mana-mana sekali pun, saya takkan hadiri. Cukuplah saya berjuang dengan cara saya begini,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Tambahnya, beliau tidak mudah terpedaya dengan janji manis ahli politik yang ingin mengambil kesempatan terhadap dirinya.

“Saya tidak mudah terpedaya dengan janji manis orang politik memuji-muji saya dan nak tolong saya dengan ikhlas katanya. Terima kasih semua yang ikhlas menyokong.

“Cuma saya bukan anak kecil yang boleh diperguna oleh mana-mana pihak. Saya tidak teruja dengan tawaran wang ringgit, pangkat dan kedudukan. Saya tidak teruja bila orang ternama, ada kedudukan, ada pangkat menyebut nama saya, mengajak saya berjumpa,” tegasnya.

Bapa lima anak itu menjelaskan, beliau sendiri tidak menyangka perkongsiannya menjadi satu kes yang menggemparkan seluruh negara dan berjaya membuka mata banyak pihak.

“Saya pun tidak sangka. Hingga ramai ahli politik, menteri bahkan PM (Perdana Menteri) turut sama membicarakannya. Ramai tokoh ternama, nama besar dalam arena politik turut serta menyatakan sokongan mereka,” katanya.

Mohd Fadli mengakui, perangkap kemasyhuran dan sokongan diterimanya itu adalah satu perangkap yang boleh menjeratnya di kemudian hari.

“Sebab tu saya takkan sesekali melangkah naik ke atas pentas politik mana-mana pihak. Sebaik saya melangkah naik pentas politik mana-mana pihak kerana teruja dengan kemasyhuran, teruja dengan janji manis orang politik, saat itu saya tewas dengan diri sendiri.

“Saat itu walau sokongan bergema di pelusuk negara, saat itu sebenarnya saya telah memijak henyak maruah saya sendiri. Saat itu saya telah membelakangi prinsip diri saya. Saat itu orang akan meludah dan mengeji walau sebahagian lain memuja muji. Saat itu orang akan simpulkan perjuangan saya ada niat tersembunyi,” jelasnya.

Katanya, pesan ibunya di waktu Subuh hari ini akan sentiasa dipahat kemas bagi memastikan dirinya tidak mudah terleka dan hanyut dengan sokongan atau pujian diterima.

“Saya paling takut saya rasa saya sentiasa betul dan benar kerana banyaknya sokongan. Saya sangat takut wujud sikap ujub dan takbur dalam diri. Ma pesan sungguh-sungguh Subuh tadi masa call aku. Li, jaga hati. Sokongan terlalu kuat ini ujian besar untuk Li. Jangan sedap hati sangat. Ujian kemasyhuran, ujian sokongan besar sebegini tidak mudah diatasi. Ia ujian hati.

“Ingat pesan ma, solat jangan tinggal. Didik diri dan keluarga merendah diri. Kita ni tiada apa atas muka bumi Allah Taala ini,” katanya, memetik pesanan dititip ibunya.

Mohd Fadli pada hantaran sama juga meminta rakan-rakan agar sentiasa mendoakan supaya hatinya dijaga oleh Allah SWT, dan tidak segan memberi teguran jika beliau melakukan kesalahan.

“Saya tak betul dan benar pada setiap masa. Sesungguhnya ujian hati itu ujian yang sangat tinggi. Doakan saya sentiasa kuat untuk berjaya dalam ujian hati ini. Doakan saya istiqomah dalam perjuangan ini. Tuhan. Jaga hatiku. Bismillah,” katanya.

Kisah Mohd Fadli hangat diperkatakan apabila beliau dua hari lalu berkongsi lampiran surat diterimanya daripada KPM, berhubung tindakan tatatertib yang bakal dikenakan, termasuk kemungkinan dipecat akibat terlalu lantang bersuara mengenai beberapa masalah melibatkan sistem pendidikan negara.

Antara lain, guru sebuah sekolah rendah di Gombak, Selangor itu mempertikaikan silibus subjek Matematik yang disifatkan terlalu tinggi dan tidak berpadanan dengan keupayaan pelajar.

Selain itu beliau juga kerap melahirkan kebimbangan dengan berat beg sekolah dibawa murid, gara-gara penyusunan jadual waktu yang terlalu padat. – Getaran, 17 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 4 jam yang lalu

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

3

Politik 3 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

4

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad