web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kritikan Cikgu Fadli Berasas, KPM Harus Terbuka Terima Idea

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 2:19PM

Nik Nazmi Nik Ahmad - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad percaya tindakan seorang guru, Mohd Fadli Salleh mengkritik sistem pendidikan di negara ini pasti ada asasnya.

Menurut beliau, kritikan tersebut adalah pandangan Mohd Fadli atas kapasiti sebagai seorang guru yang mahukan terbaik untuk anak didiknya.

“Saya percaya kritikan yang dilontarkan oleh cikgu Mohd Fadli bukanlah kritikan yang tidak berasas.

“Sekiranya kita bertanya secara rawak kepada guru-guru (tanpa sebarang tekanan), sudah tentu ramai guru akan mengemukakan pandangan yang sama,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Susulan itu katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) seharusnya lebih terbuka dalam menerima idea atau kritikan yang dilontarkan warga pendidik.

“Guru adalah mereka yang melaksanakan dasar yang dibuat oleh KPM, sudah tentu mereka lebih mengerti tentang apa yang berlaku di sekolah.

“Saya percaya guru hanya mahukan yang terbaik untuk masa hadapan anak-anak kita. Sebagai seorang bapa, saya sering melihat guru berkorban untuk memastikan anak-anak saya mendapat pendidikan terbaik di sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Nazmi turut berharap semoga Mohd Fadli mendapat keadilan yang sewajarnya.

“Moga Cikgu Mohd Fadli akan mengemukakan representasi dan diadili dengan telus oleh KPM.

“Saya dikhabar beliau juga akan membawa perkara ini ke mahkamah. Solidariti untuk Cikgu Mohd Fadli!” katanya.

Sebelum ini, Mohd Fadli mendakwa kemungkinan dipecat atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan isu melibatkan sistem pendidikan negara, beg sekolah berat, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.

Berdasarkan surat yang diterima daripada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan KPM sebelum ini, beliau diminta membuat representasi secara bertulis dengan mengemukakan alasan dan bukti bagi membebaskan diri daripada kesemua pertuduhan itu dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan surat tersebut.

Jika gagal berbuat demikian, Mohd Fadli dianggap tidak mahu membela diri dan tindakan akan dikenakan berdasarkan keterangan yang sedia ada.

Lembaga Tatatertib KPM dijadual bersidang hari ini bagi membincangkan isu berkenaan.

Isu itu turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin yang turut menyatakan kesediaan untuk bertemu guru berkenaan bagi berbincang mengenai perkara tersebut.

“Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan cikgu Mohd Fadli Salleh. Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa,” katanya, ringkas.

Mohd Fadli bagaimanapun menerusi hantaran kedua mempersoalkan tindakan Mohd Radzi, yang katanya hanya memberi maklum balas apabila isu itu menjadi panas. – Getaran, 17 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

4

Semasa 2 tahun yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad