web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Trend Aras Air Menurun Di Kawasan Amaran Tahap Bahaya Di Kedah - KASA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 7:10AM

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah melakukan pemantauan di sekitar Sungai Anak Bukit berikutan air sungai mencatatkan paras waspada, baru-baru ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Amaran aras air tahap bahaya yang dikeluarkan untuk beberapa kawasan di Kedah menunjukkan trend penurunan setakat pukul 6.30 petang semalam, kata Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang.

Beliau berkata kawasan terbabit adalah stesen Sungai Melaka di Padang Mat Sirat, stesen Sungai Melaka di Bukit Kemboja, Langkawi dan Sungai Anak Bukit di Jambatan Tunku Abdul Rahman, Kota Setar.

“Penduduk di kawasan-kawasan terlibat diingatkan untuk mematuhi nasihat pasukan keselamatan dan bersiap siaga dari semasa ke semasa, sekiranya diarahkan untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir,” katanya dalam kenyataan semalam.

Zaini berkata beberapa kawasan lain turut terjejas banjir di daerah Langkawi melibatkan Kampung Kilim (Galeria Perdana), Kampung Ayer Hangat (Telaga Air Hangat), Kampung Sungai Itau, Kampung Bohor Merah, Kampung Teluk Yu, Kampung Bukit Kemboja, Kampung Penarak, dan Kampung Titi Changwang.

“Berlaku insiden kepala air di air terjun Telaga Tujuh akibat hujan lebat berterusan di kawasan hulu dan air larian dari kawasan bukit.

“Sehingga 6.30 petang, kawasan masih terjejas ialah Pasar Awam Padang Matsirat, Kampung Bohor Masjid, Kampung Nyior Chabang, Kampung Atas Padang Matsirat dengan kedalaman aras air 0.3 hingga 0.5 meter. Bagaimanapun, keadaan aras air mulai surut,” katanya.

Zaini berkata meskipun keadaan cuaca di utara beransur baik mulai 2 petang semalam, namun Amaran Hujan Berterusan bagi utara Semenanjung masih dikekalkan sehingga hari ini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan peringkat Waspada di Perlis dan Kedah iaitu di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap yang berkuatkuasa sehingga hari ini. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar