web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Cikgu Fadli: KPM Perlu Rai Kebebasan Keluarkan Pendapat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 8:06PM

Beg sekolah berat antara isu yang dibangkitkan Cikgu Fadli. - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan dikenakan Kementerian Pendidikan (KPM) terhadap seorang guru, Mohd Fadli Salleh disifatkan sebagai tidak mencerminkan keharmonian antara pengurusan dan pelaksana dasar yang telah diamanahkan.

Pengerusi Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat AMANAH, Dr Hasan Bahrom berkata, KPM sebaliknya perlu melihat lontaran pendapat dikemukakan itu sebagai perkara yang perlu diambil peduli untuk difahami maksudnya. 

Menurutnya, ini kerana ia memberi kesan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran serta hasrat KPM sendiri iaitu ‘Sekolahku Sejahtera’. 

“KPM diharap meraikan kebebasan semua pihak dalam mengeluarkan pandangan dan pendapat. 

“Ia menjadi cerminan kepada pembinaan suatu sistem pendidikan yang mengambil kira kolektiviti dalam sesuatu urusan bagi mewujudkan persekitaran pendidikan yang matang, progresif dan harmoni,” katanya. 

Beliau mengulas tulisan guru berkenaan menerusi kemas kini di laman Facebook sebelum ini bahawa dia berdepan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan masalah silibus aras tinggi bagi subjek matematik dan isu beg murid berat.

Menurut Mohd Fadli, tindakan itu bukan sesuatu yang wajar kerana beliau tidak pernah terbabit dalam sebarang masalah disiplin atau menghadapi konflik bersama ibu bapa murid.

Hantaran guru berkenaan kemudian mendapat perhatian Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin yang menyatakan hasrat untuk berjumpa. 

Mengulas lanjut, Hasan berkata, KPM diingatkan agar tidak menjadi institusi yang mengenepikan kebebasan memberi pandangan dan pendapat dalam kalangan warganya. 

“Justeru, kami menggesa supaya KPM tidak mengambil tindakan yang di luar daripada batas nilai manusiawi terhadap Mohd Fadli atas sikap keberanian dan keikhlasan beliau demi melihat ‘Sekolahku Sejahtera’ dapat direaliasikan,” katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata, senario seumpamanya tidak pernah berlaku ketika beliau menerajui KPM sebelum ini.

Jelasnya, Mohd Fadli tidak ketinggalan menyuarakan pendapat ketika itu, dan pendekatan diambil hanyalah mengundang beliau ke pejabat untuk saling bertukar pandangan.

“Kita (KPM) terlibat dengan mereka, jadi kawan malah saya undang ke pejabat. Bukan sahaja beliau tapi ramai lagi yang lain.

“Kerana itu yang kita perlukan apabila guru-guru menyuarakan isi hati mereka dan isi hati ibu bapa. Kita sebagai pembuat dasar, sebagai kerajaan perlu mendengarnya,” katanya menerusi hantaran di aplikasi TikTok.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pandangan diberinya bukan kerana mahu mengambil mata untuk kerjaya politik beliau kerana ia bukan satu keutamaan.

“Minat saya hanyalah membangunkan pendidikan. Kita ingin yang terbaik untuk anak-anak bangsa, dan kita boleh lakukan bersama.

“Jaminan saya, kita kembali ke Putrajaya bersama saya dan anda sekalian guru-guru ke Kementerian Pendidikan. Kita tidak akan biarkan tindakan yang dikenakan ke atas Cikgu Fadli dikenakan kepada guru lain dan untuk beliau sendiri, saya beri jaminan, kalau saya kembali ke Kementerian Pendidikan, kita akan hapuskan tindakan tersebut dan kita akan lakukan keadilan untuk semua pihak,” katanya. - Getaran, 16 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

4

Semasa 2 tahun yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam