web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemborong Telur Kenakan Caj Pengendalian Diberi Notis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 6:08PM

Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemborong telur di Meru, Klang diberikan notis selepas didapati mengenakan caj pengendalian kepada peruncit yang mendapatkan bahan mentah tersebut daripadanya.

Ketua Pegawai Penguat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehean Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Mohd Khairi Jamaludin berkata, tindakan pemborong tersebut dikesan susulan pemeriksaan yang dijalankan oleh kementerian selepas ia tular di media sosial.

Menurut beliau, pemborong tersebut didapati mengenakan caj pengendalian jualan telur ayam gred AA sebanyak RM0.60.

"Premis itu diperiksa dan diberikan suatu Notis Bertulis di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan (AKHAP) 2011 kerana mengenakan caj pengendalian sejumlah RM0.60 bagi setiap tray (bekas) telur ayam gred A serta B yang dibeli oleh pembeli peruncit.

"Tempoh maklum balas adalah sebelum atau pada 21 Oktober ini. Premis diperiksa perlu mematuhi notis berkenaan dan jika gagal boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011,” katanya hari ini.

Mohd Khairi memberi amaran, semua peniaga diingatkan agar tidak mengenakan sebarang caj tambahan yang tidak munasabah ke atas telur ayam atau ayam yang masih di bawah barangan harga maksimum.

“Dalam operasi jam 10.30 pagi tadi, pemeriksaan mendapati premis terbabit memperoleh bekalan telur daripada pengeluar atau pembekal di Melaka.

“Premis diperiksa turut dikenakan caj pengendalian pembelian telur ayam oleh pengeluar/pembekal bagi setiap tray telur ayam yang dibeli,” katanya.

Jelas beliau, KPDNHEP Selangor sudah membuat tindakan dan siasatan susulan dengan kerjasama KPDNHEP Melaka untuk memberikan notis kepada pembekal terbabit.

Pada masa sama katanya, pemeriksaan mendapati premis berkenaan adalah peringkat pemborong yang menjual telur ayam pelbagai gred (AA, A, B, C dan D) kepada peruncit.

"Urus niaga hanya membabitkan dengan peniaga sahaja - B to B . Tiada urus niaga dilakukan dengan pengguna," katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial satu hantaran yang dibuat di Facebook Meru Klang Residents Official yang mendakwa premis terbabit mengenakan caj pengendalian kepada pengguna sebanyak RM0.60 malah sebelum ini kotak telur juga dikenakan caj. - Getaran, 16 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Hanya 1 Notis Dihantar Penganjur WMMY 2023 - Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad