web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Syed Hamid Albar Dilantik Canselor Pertama AeU

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 2:54PM

Syed Hamid Albar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Asia e University (AeU) melantik Tan Sri Dr Syed Hamid Albar sebagai Canselor pertamanya pada majlis Konvokesyen ke-11 universiti itu di sini, Sabtu (15 Oktober).

Naib Canselor AeU Prof Tan Sri Dr Nik Mustapha Raja Abdullah berkata pengalaman luas dalam pentadbiran dan pengurusan yang dimiliki bekas Menteri Luar itu akan mencorakkan hala tuju dan kepimpinan AeU sekali gus meningkatkan lagi kedudukan akademik universiti.

“Bagi pihak pengurusan dan kakitangan AeU, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Dr Syed Hamid Tan Sri Syed Jaafar Albar atas pelantikan beliau sebagai Canselor universiti ini.

“Selain itu beliau juga telah terlibat dengan universiti ini sejak 2006 dari awal, beliau juga memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pembentukan AeU dan beliau juga mengikuti program Doktor Falsafah (PhD) di sini,” katanya kepada Bernama pada majlis konvokesyen itu.

Beliau berkata seramai 2,490 pelajar akademik dengan 1,353 daripadanya adalah pelajar antarabangsa dan daripada jumlah itu, 1,049 pelajar adalah dari kumpulan tahun 2021 manakala 1,441 bagi tahun 2022 menerima skrol masing-masing pada majlis konvokesyen secara bersemuka hari ini.

“Pagi ini kami dimaklumkan seorang daripada bekas pelajar kami dari Vietnam dipilih antara 10 usahawan terbaik di negaranya kerana Vietnam menjadi sebuah ekonomi terkemuka dengan syarikat berjuta-juta dolar dan saya yakin terdapat ramai pelajar kami yang berjaya di luar sana,” katanya ketika ditanya mengenai kebolehpasaran pelajar AeU.

Majlis konvokesyen secara fizikal 2021 terpaksa ditangguhkan ke tahun ini berikutan pandemik COVID-19.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad hadir sebagai tetamu kehormat. Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan seorang daripada graduan program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) melalui laluan APELQ. Turut hadir Pengerusi Lembaga Gabenor AeU Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Sementara itu, Syed Hamid yang juga Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) berkata pelantikannya adalah di luar jangkaan dan beliau amat terharu mendapat pengiktirafan itu.

“Apabila universiti memutuskan mereka mahu menjadikan saya Canselor pertama, ia adalah satu penghormatan dan keistimewaan yang besar. Saya rasa terharu.

“Universiti ini sentiasa mendukung saya dan memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan apa yang saya mahukan dari zaman muda saya, menjadi ahli akademik,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelantikan Presiden Indonesia Di Nusantara

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Beri Peluang Anak Didik Berfikiran Kreatif, Pendidikan Berteraskan Realiti

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

UPM Bakal Tubuh Fakulti Veterinar, Penternakan di Bintulu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Perlu Syukuri Nikmat Keamanan, Kebebasan Dikecapi Negara - Agong

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan