web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Air Pasang, Monsun, Banjir Ancam Kawasan Rendah Klang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 2:37PM

Semasa lawatan baru-baru ini ke kawasan berisiko banjir di Klang, Charles Santiago berkata terdapat banjir berterusan di Jalan Syahbandar dan kawasan sekitarnya, termasuk Jeti Penumpang Southport dan Bandar Pelabuhan Asa Niaga yang terletak di jalan yang sama. – Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Musim tengkujuh bersama fenomena air pasang besar memburukkan lagi banjir di bandar pesisir pantai Klang, Selangor, dengan kawasan ekonomi utama teruk terjejas

Banjir dikesan berlaku secara berterusan di Jalan Syahbandar dan kawasan sekitarnya, termasuk Jeti Penumpang Southport dan Bandar Pelabuhan Asa Niaga (ANHC) yang terletak di jalan yang sama.

Perkara tersebut dimaklumkan penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago kepada The Vibes ketika lawatan awal paginya ke kawasan-kawasan berisiko banjir di kawasan Parlimen berkenaan.

Keadaan di Stesen Keretapi Pelabuhan Klang yang dinaiki air. - Gambar oleh Sairien Nafis
Keadaan di Stesen Keretapi Pelabuhan Klang yang dinaiki air. - Gambar oleh Sairien Nafis

Di ANHC, sebahagian besar tempat letak kereta yang terletak berhampiran jeti itu tenggelam sepenuhnya pada paras laut dan dipercayai rosak akibat banjir yang berterusan.

Begitu juga jalan raya yang bersambung ke Jalan Syahbandar menghala ke stesen KTM Pelabuhan Klang, turut terjejas akibat fenomena air pasang besar.

Tinjauan semasa lawatan The Vibes baru-baru ini mendapati jalan itu dinaiki banjir besar apabila hujan turun seawal jam 6.30 pagi.

Kereta yang cuba melintasi jalan itu sama ada terpaksa berpatah balik atau mengambil risiko meredah air banjir untuk sampai ke Terminal Penumpang Southport atau menurunkan penumpang di stesen KTM tersebut.

The Vibes juga melihat terdapat rondaan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memantau keadaan dan memastikan banjir terus terkawal.

Begitu juga sebuah kenderaan daripada Pasukan Petugas Tindakan Cepat Majlis Perbandaran Klang turut dikesan membuat rondaan di kawasan terlibat untuk bertindak terhadap kemungkinan krisis yang berpunca daripada banjir.

Kawasan Glenmarie Cove yang dinaiki air. - Gambar oleh Sairien Nafis
Kawasan Glenmarie Cove yang dinaiki air. - Gambar oleh Sairien Nafis

Banjir di kawasan terbabit juga akan menjejaskan jeti di kedua-dua terminal penumpang, menurut Santiago, sehingga pembubaran Parlimen awal bulan ini.

Bercakap kepada The Vibes, Santiago berkata, penumpang tidak akan dapat berlabuh dengan selamat di jeti berkenaan jika paras air berada di tahap tinggi, yang membawa kepada banjir di kawasan berhampiran.

Walaupun ada yang berpendapat bahawa masalah itu masih boleh diurus, Santiago menegaskan, ini boleh memberi kesan teruk kepada ekonomi tempatan kerana orang ramai akan mengelak menggunakan perkhidmatan feri terbabit untuk pergi ke destinasi yang mereka tujui.

“Ia bukan masalah kecil kerana ia melibatkan kebimbangan keselamatan serta kesan yang teruk kepada ekonomi tempatan Klang,” katanya.

Terminal Penumpang Southport, atau turut dikenali sebagai Jeti Awam Pulau Ketam, menyediakan keperluan perjalanan penumpang feri harian dan pelancong antara tanah besar dan Pulau Ketam.

Berbanding dengan ANHC, ia adalah terminal feri penumpang serantau yang menyediakan perkhidmatan feri penumpang berkelajuan tinggi yang berulang-alik antara Pelabuhan Klang dan pelabuhan Dumai dan Tanjung Balai di Sumatera, Indonesia.

Tinjauan yang dilakukan oleh The Vibes menunjukkan jeti awam itu masih beroperasi.

Walau bagaimanapun, ANHC sebahagian besarnya dilihat sunyi dan tidak mempunyai sebarang aktiviti perjalanan.

Fenomena air pasang di Terminal Penumpang South Port. - Gambar oleh Sairien Nafis
Fenomena air pasang di Terminal Penumpang South Port. - Gambar oleh Sairien Nafis

Santiago menjelaskan bahawa penutupan susulan pandemik COVID-19 memberi kesan teruk kepada operasi ANHC selain banjir akibat air pasang dan musim tengkujuh.

Apa Yang Boleh Dibuat?

Bagi Santiago, kedua-dua kerajaan negeri dan Persekutuan mesti memandang serius perkara itu dan merangka pelan komprehensif untuk menanganinya.

Walaupun pengairan dan saliran dilihat sebagai penyelesaian cepat kepada isu terbabit, sekurang-kurangnya di sekitar dua jeti itu, Santiago menegaskan bahawa banjir akibat air pasang adalah perkara biasa di kawasan perumahan dan penempatan berhampiran dengan laut.

“Parit dan pengairan nampaknya jawapan yang paling jelas tetapi ini akan terus berlaku jika tiada penyelesaian yang menyeluruh untuk perkara itu.

“Walaupun impak air pasang nampaknya terkawal di lokasi-lokasi ini, terdapat banyak kes penempatan berhampiran laut yang akan menghadapi banjir teruk, sehingga mengganggu mata pencarian malah membahayakan nyawa mereka.

“Kedua-dua kerajaan negeri dan Persekutuan mesti bekerjasama, berbincang sesama sendiri mengenai perkara ini kerana ia memerlukan kepakaran dan pembiayaan yang sewajarnya untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.

Tempat letak kereta Jeti Antarabangsa Pelabuhan Klang dinaiki air akibat fenomena air pasang. - Gambar oleh Sairien Nafis
Tempat letak kereta Jeti Antarabangsa Pelabuhan Klang dinaiki air akibat fenomena air pasang. - Gambar oleh Sairien Nafis

Sebelum ini, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Noraini Roslan pada 30 September lalu mengeluarkan amaran agar penduduk Klang yang tinggal berhampiran sungai berwaspada menghadapi ancaman banjir berikutan musim hujan berterusan dan fenomena air pasang besar.

Noraini berkata, fenomena air pasang besar terutama pada Oktober boleh menyaksikan air naik setinggi 5.5 meter.

Beliau berkata air pasang besar dengan hujan berterusan dapat menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga telah mengeluarkan amaran minggu lalu agar penduduk bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar yang diramalkan di beberapa kawasan sehingga 13 Oktober ini.

Merujuk kepada data Pusat Hidrografi Nasional, NADMA meramalkan kawasan terbabit termasuk Kuala Muda di Kedah, Bagan Datuk (Perak), Pelabuhan Klang, serta Batu Pahat dan Pontian di Johor. - The Vibes, 16 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Didakwa Pandu Melulu Hingga Sebabkan Kematian 2 Beradik

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Langgar Lari: Pemandu SUV Diburu Sebabkan Kematian 2 Beradik

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Lagi Kes Pemandu Mabuk, Penunggang Motosikal Parah Dirempuh Perodua Bezza

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 57 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad