web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelumba Drag Beri ‘Bayangan’ Nak Pergi, Kongsi Video Sedih Di FB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 9:25PM

Mangsa meninggal dunia selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah rakaman video sedih seorang kanak-kanak perempuan kehilangan bapanya dikongsi Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, 40, atau lebih dikenali sebagai Apeh Jamal di Facebooknya pada 5 Oktober lalu, seolah-olah memberi petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.

Apeh Jamal, salah seorang pelumba drag, maut sewaktu menyertai perlumbaan drag Battle of The King (BOTK) 2022 di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak dekat Kuala Nerus, tengah hari tadi.

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas kereta jenis Mitsubishi Lancer Evo yang dipandunya, hilang kawalan lalu terbabas melepasi trek perlumbaan sebelum merempuh sebatang pokok.

Menurut saksi yang enggan namanya didedahkan, beberapa saat selepas dilepaskan, kenderaan dipandu Apeh Jamal tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas sebelum terkeluar daripada trek perlumbaan.

Katanya, mangsa dikeluarkan orang awam dari kenderaan sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), namun disahkan meninggal dunia.

Ketika kejadian mangsa dari Perak dikatakan bersendirian melakukan sesi perlumbaan dalam satu daripada acara dipertandingkan.

Berita pemergian Apeh Jamal ternyata mengejutkan ramai pihak, terutama rakan rapat yang dilihat memenuhi ruangan komen video perkongsiannya di Facebook, awal bulan ini.

Dalam hantarannya itu, dia turut menulis kata-kata sayu bagaimana jika kejadian menimpa kanak-kanak perempuan tersebut, berlaku kepada keluarganya sendiri.

Gambar Facebook
Gambar Facebook

“Lantaklah berapa kali pun share video ni, tapi terbayangkan kalau terjadi pada famili sendiri. Siapalah yang akan jaga famili aku nanti?” tulisnya ringkas.

Rata-rata netizen meluahkan kesedihan dan simpati terhadap nasib mangsa dan keluarganya.

“Allah Apeh Jamal. Ko share video ni lepas macam gambarkan ko pula yang akan pergi,” kata Farid Assamani.

“Tanda-tanda pemergian arwah, sempat lagi bagi peringatan pada kita semua agar luangkan masa pada famili. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” kata Ghad Daf.

“Allahu. Patutlah arwah share video ni hari tu. Al-Fatihah Apeh Jamal,” kata Atok Zack.

“Innalillahiwainailairojiun. Betul-betul terjadi. Wajah mereka berdua pun hampir sama. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Semoga keluarga arwah tabah,” kata Ade Khairool.

“Arwah seakan tahu akan pemergiannya, Cuma melalui kiasan. Sekarang Allah lebih sayang pada kamu Apeh Jamal. Semoga kamu ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan roh kamu dicucuri rahmat Allah,” kata Armel Iman Darwisyah.

Gambar Facebook
Gambar Facebook

Tinjauan Getaran di Facebook miliknya mendapati mangsa mempunyai tiga orang anak yang masih kecil.

Dia turut memuatnaik beberapa foto percutian terakhir bersama isteri dan tiga anaknya di Facebook pada 25 September lalu.

Susulan kejadian itu, penganjur BOTK 2022, MUSC Motorsport menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, siri perlumbaan yang sepatutnya berakhir esok ditamatkan serta-merta hari ini.

Katanya, baki perlumbaan akan ditangguhkan ke suatu tarikh lain, bagi menghormati mangsa dan keluarga.

Difahamkan BOTK 2022 adalah acara tahunan yang diadakan sejak 2006 dan menarik penyertaan lebih 200 peserta tempatan dan luar negara termasuk Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam.

Gambar dari Facebook
Gambar dari Facebook

Beberapa rakaman video dan foto kejadian turut tular di laman media sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din turut mengesahkan kejadian itu.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian. – Getaran, 15 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan