web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Maut Disyaki Ditikam Di Rumahnya

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2021 7:39AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang wanita maut disyaki ditikam dalam pergaduhan dengan seorang lelaki di hadapan dua anak mangsa di kediamannya di Taman Perpaduan di sini malam ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Anuar Othman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai pergaduhan antara mangsa berusia 31 tahun dan suspek berusia 23 tahun itu pada kira-kira pukul 8.45 malam.

"Sebaik tiba di rumah itu, polis menemui mayat mangsa dengan beberapa kesan tikaman pada dada bersama suspek lelaki yang turut cedera akibat beberapa tikaman pada dadanya dalam keadaan terbaring dan berdarah di dalam rumah," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja di sebuah rumah jagaan orang tua di sini merupakan seorang ibu tunggal dan tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan suspek malah polis sebelum ini pernah menahan suspek pada 15 Mac lepas dan didakwa di mahkamah selepas mangsa beberapa kali membuat laporan diganggu suspek.

Anuar berkata suspek telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk rawatan lanjut dan ditempatkan di Zon Merah namun belum dapat dipastikan sama ada tikaman di dadanya dilakukan wanita itu atau dia cuba membunuh diri manakala  mangsa dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan rakaman percakapan saksi-saksi kejadian serta kedua-dua anak lelaki mangsa berusia enam dan lapan tahun sedang dijalankan termasuk bagi mengetahui hubungan sebenar mereka,"  katanya.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad