web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ucapan Zahid Dibuat Secara Berseloroh, Jika Ada Bukti Rasuah Sila Siasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 8:00PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ucapan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung MIC bukanlah bermaksud pemimpin parti itu terlibat dalam kegiatan rasuah, sebaliknya menekankan penganiayaan politik yang bakal menanti jika mereka tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, sebagai seorang yang waras dan mendengar sepenuhnya ucapan Ahmad Zahid yang menamakan beberapa pemimpin BN termasuk dirinya jelas dibuat secara berseloroh.

“Sekiranya terdapat sebarang gejala rasuah atau salah laku, seluruh kepimpinan MCA mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan mengikut undang-undang.

“Tetapi janganlah menggunakan tuduhan tidak berasas tanpa sebarang bukti itu untuk kempen pilihan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Ka Siong mengulangi kenyataannya pada 3 Februari lalu bahawa tiada seorang pun pemimpin MCA didakwa atas pertuduhan rasuah walaupun selepas kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

“Namun saya juga ingin mengingatkan, pada 3 September 2018, ketika dakwat PRU-14 masih lagi belum kering, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah menggugurkan kes rasuah melibatkan (Pengerusi DAP) Lim Guan Eng dan (ahli perniagaan) Phang Li Koon.

“Menjelang PRU-15, kita dapat melihat khabar angin yang tidak berasas disebarkan dan pembunuhan karakter sedang giat dilakukan. Inilah yang sedang berlaku apabila ucapan Ahmad Zahid diputar-belit demi kepentingan politik pihak tertentu,” katanya.

Pada Isnin lalu, Ahmad Zahid ketika berucap pada perhimpunan itu berkata, calon daripada MIC, UMNO dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ‘wajib menang’ dengan dominan pada PRU-15.

“It’s now or never (sekarang atau tidak akan menang), pilihan raya kali ini ‘mother of all general election’ (ibu segala pilihan raya), kalau kita kecundang, nasib kita lebih buruk daripada PRU-14.

“Bukan saya sahaja kena charge (dakwa), Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) you are in the waiting list (anda berada dalam senarai menunggu), Tan Sri Vicky (Vigneswaran) jangan ketawa anda pun termasuk dalam senarai.

“Satu lagi Datuk Seri Saravanan, Ka Siong mereka tidak akan lupakan anda, anda juga akan didakwa, Hisham (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) anda jangan senyum, (jadi) bagi mengelakkan ini kita wajib menang dengan dominan di dalam PRU-15,” katanya.

Menyifatkan berada di dalam ‘kandang’ orang kena tuduh sebagai memalukan dan penghinaan sehingga disifatkan ‘tinggal seluar dalam’, Ahmad Zahid berkata, BN mesti terus melawan untuk mewujud serta menegakkan kebenaran.

“Kita bukan mahu mencabar sistem kehakiman, tapi kita mencabar pertuduhan politik, kita mencabar ‘selective prosecution’ (pendakwaan terpilih) kerana mereka melakukannya kepada pemimpin BN, saya dimangsakan, bossku (Datuk Seri Najib Razak) dimangsakan,” katanya. – Getaran, 14 Oktober 202

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Palanivel Meninggal Dunia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad