web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kelumpuhan Penyusutan Nilai Ringgit Mendadak Mesti Dihentikan Kerajaan Sekarang – Guan Eng

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 5:13PM

Susulan nilai ringgit yang lemah, rakyat Malaysia dan perniagaan menghadapi masa depan kewangan suram. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kelumpuhan penyusutan nilai ringgit yang cepat dialami kerajaan sejak beberapa hari lalu, mesti dihentikan bagi mengelakkan rakyat dan perniagaan di negara ini terus terbeban.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, kelumpuhan tanpa jaminan diberikan kepada pasaran kewangan untuk mempertahankan nilai ringgit itu, sepatutnya dihentikan menerusi tindakan Perdana Menteri dan Kabinet sementara sekarang untuk menangani krisis kewangan sedang berlaku.

Katanya, susulan ringgit lemah, rakyat Malaysia dan perniagaan menghadapi masa depan kewangan suram dengan kos import, kos sara hidup dan kos faedah yang lebih tinggi dijangka diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) bulan depan.

“Perdana Menteri sementara mahupun Menteri Kabinet sementara tidak menangani kebimbangan serius yang menjejaskan perniagaan dan rakyat ini.

“Ini adalah sangat tidak bertanggungjawab apabila mereka masih dibayar gaji tanpa melakukan apa-apa, walaupun Parlimen dibubarkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid03XbGc6vYL26YcBFJXiiiQHNoW9VpJ1LFz2LydQMNy7UtZt5L2xjH2zK8oM2Qda5Hl&id=100044602951844&mibextid=Uf0jNW

Pada masa sama, Guan Eng mempersoalkan tindakan Perdana Menteri dan pemimpin BN berdiam diri ketika rakyat Malaysia menyaksikan kejatuhan menyedihkan ringgit sebanyak 1 peratus hari ini, berbanding dolar Singapura.

Jelasnya, kejatuhan itu adalah ke paras terendah dalam sejarah hampir RM3.31 dan paras terendah baru dalam 24 tahun untuk dolar Amerika Syarikat (AS) pada RM4.70?

Bagaimanapun, beliau berlata, tiada guna perkara itu ditanya kepada Presiden UMNO dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang disifatkannya sebagai ‘orang paling berkuasa di Malaysia ketika ini’.

“Ahmad Zahid yang menentukan sendiri nasib Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ahli parlimen BN pada pilihan raya umum akan datang, dengan kuasa mutlak mengeluarkan watikah kepada calon BN.

“Ahmad Zahid menyatakan dengan jelas bahawa memenangi pilihan raya umum akan datang amat diperlukan ‘sekarang atau tidak ada masa lagi’ untuk memastikan pemimpin BN seperti dirinya, Mohamad Hasan (Timbalan Presiden UMNO), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (Presiden MCA), Tan Sri SA Vigneswaran (Presiden MIC) dan Datuk Seri M Saravanan (Presiden MIC), boleh terlepas daripada didakwa kerana rasuah,” katanya.

Menurut Guan Eng, DAP sudah mencadangkan reformasi struktural ekonomi sama seperti saranan Bank Dunia pada 27 September, supaya reformasi ekonomi fiskal dan struktural dilaksanakan dalam pendidikan, pendigitalan serta menambah baik iklim pelaburan untuk mengubah Malaysia menjadi ekonomi berasaskan inovasi lebih produktif dan berdaya saing.

“Perkara ini turut disampaikan kepada Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) semasa perbincangan sebelum Belanjawan 2023 oleh pasukan DAP yang diketuai Setiausaha Agung Loke Siew Fook,” katanya. – Getaran, 14 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad