web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kabinet Setuju Teruskan Tindakan Perundangan Kes Batu Puteh, Batuan Tengah, Tubir Selatan Di ICJ

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 6:48PM

Ismail Sabri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri bersetuju Malaysia meneruskan tindakan perundangan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dicapai setelah mendengar laporan pembentangan dan cadangan daripada Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 7 Okt lepas.

“Mesyuarat dimaklumkan mengenai terdapat kemungkinan kecuaian dan kekhilafan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan penghakiman ICJ pada 2008.

“...dan permintaan tafsiran Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan selepas Tun Dr Mahathir membuat keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman pada 11 Jun 2018,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pasukan khas berkenaan turut mencadangkan supaya kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempertahan kedaulatan negara.

Selain itu, Perdana Menteri berkata kerajaan bersetuju untuk menyahklasfikasikan dan mendedahkan Laporan Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk My Story: Justice in the Wilderness tulisan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas kepada umum.

Beliau berkata ia dipersetujui setelah Kabinet mendengar pembentangan laporan daripada Pasukan Petugas Khas Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk My Story: Justice in the Wilderness pada 30 Sept lepas.

Pada hari sama, Ismail Sabri mengarahkan agensi penguat kuasa segera melaksanakan siasatan lanjut bagi menyiasat kemungkinan salah laku Thomas berhubung pelbagai dakwaan yang terkandung dalam buku itu.

Perdana Menteri juga berkata pelbagai pendekatan dilaksanakan oleh kedua-dua pasukan petugas khas seperti meneliti, menyemak dokumentasi dan material berkaitan, mengadakan siri perbincangan dan mesyuarat, lawatan kerja dalam dan luar negara, khidmat konsultasi bersama pakar perundangan dan juru hidrografi luar negara serta sesi temu bual dengan individu dikenal pasti bagi melaksana tugasan sebagaimana terma rujukan yang ditetapkan.

“Syor-Syor hala tuju kerajaan dan penambahbaikan yang dicadangkan oleh pasukan petugas khas melalui kedua-dua laporan ini adalah bersifat telus, berkecuali dan inklusif dengan mempertimbang hasil analisis, penelitian serta pemerhatian ahli pasukan petugas khas. 

“Pelaksanaan pasukan petugas khas ini secara keseluruhannya menjelaskan komitmen kerajaan untuk penyelesaian terbaik berkaitan perkara ini demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Negara Islam, Arab Puji Keputusan ICJ Supaya Israel Buka Sekatan Ke Gaza

3

Semasa 2 tahun yang lalu

RCI Batu Puteh Untuk Tambah Baik Isu Kedaulatan Negara, Bukan Cari Salah - Azalina

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Israel, Henti Cabuli Hak Rakyat Palestin, Keluar Segera Dari Wilayah Dirampas!

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 18 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad