web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Masih Siasat Kematian Model Belanda, Ivana Smit - SFC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 5:35PM

Ivana ditemukan maut di tingkat enam CapSquare Residence di sini pada 7 Disember 2017 selepas jatuh dari tingkat 20 unit kondominium milik pasangan Amerika. - Gambar dari Instagram Ivana Smit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa polis masih menjalankan siasatan terhadap kematian model Belanda, Ivana Esther Robert Smit, di sebuah kondominium di Persiaran Caossquare, di sini, lima tahun lalu.

Peguam Kanan Persekutuan (SFC), Norfauzani Mohd Nordin, mewakili pihak defendan, berkata masih ada beberapa perkara yang perlu dilakukan bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.

Beliau berkata demikian semasa pendengaran permohonan ibu mendiang Ivana Smit, Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen, selaku plaintif, untuk meminda pernyataan tuntutan saman dikemukakan terhadap Ketua Polis Negara, Pegawai Penyiasat Polis Daerah Dang Wangi, ASP Faizal Abdullah, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam saman tersebut, ibu model berkenaan mendakwa pihak defendan melanggar kewajipan statutori dan cuai dalam siasatan bagi menentukan punca kematian anak perempuannya.

“Daripada pemeriksaan kami terhadap pegawai penyiasat, masih ada beberapa perkara yang perlu dilakukan bagi melengkapkan siasatan kes tersebut,” katanya di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain.

Ditanya Roz Mawar adakah defendan kedua (pegawai penyiasat) masih bertugas, Norfauzani berkata pegawai tersebut yang merupakan seorang daripada ahli kumpulan siasatan kes itu masih bertugas.

Terdahulu, Norfauzani membantah permohonan plaintif untuk meminda pernyataan tuntutan saman itu kerana siasatan kes masih dijalankan dan permohonan itu bersifat pramatang.

Sementara itu, peguam Datuk S N Nair, mewakili Verstappen, berkata pihaknya dan keluarga mangsa tidak dimaklumkan mengenai perkembangan siasatan kematian model berkenaan.

Mengenai permohonan untuk meminda pernyataan tuntutan saman, Nair berkata ia perlu dipinda bagi membolehkan pihaknya membentangkan kes itu dengan lebih jelas dan tepat.

Katanya, plaintif membuat pindaan ringkas terhadap struktur penulisan bagi menjadikan tuntutan saman itu lebih khusus dan menumpu kepada fakta serta isu yang mencerminkan hasrat plaintif yang sebenar selain permohonan itu hanya melibatkan pindaan kepada fakta-fakta kes yang tidak dipertikaikan oleh pihak defendan.

Selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak, Roz Mawar menetapkan 4 November ini untuk keputusan permohonan pindaan pernyataan tuntutan itu dan tarikh sama ditetapkan untuk mendengar permohonan kesemua defendan bagi membatalkan saman tersebut.

Dalam penyataan tuntutan difailkan oleh Verstappen, 57, 20 November 2020, plaintif mendakwa anak perempuannya yang berusia 18 tahun itu ditemukan maut di tingkat enam CapSquare Residence di sini pada 7 Disember 2017 selepas jatuh dari tingkat 20 unit kondominium milik pasangan Amerika iaitu Alex Johnson dan Luna Almazkyzy.

Sebelum itu, pada 22 November 2019,Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan semakan plaintif bagi membatalkan keputusan Mahkamah Koroner yang mengklasifikasikan kematiannya disebabkan oleh nahas.

Pada 21 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi membatalkan saman itu atas alasan penyataan tuntutan tidak mematuhi Perintah 18, Peraturan 7 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Verstappen berhubung keputusan yang membatalkan samannya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam