web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bubar DUN: Keputusan Majlis Presiden Masih Terikat - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 9:40PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Keputusan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini masih terikat.

Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bagaimanapun, Majlis Presiden gabungan politik itu mahu kesemua negeri terbabit berbincang semula secara terperinci dengan pimpinan parti masing-masing berkaitan isu pembubaran DUN bagi membolehkan komponen PH mendapat persefahaman untuk sebarang keputusan yang akan dibuat nanti.

“Kita masih terikat dengan keputusan Majlis Presiden tetapi kita telah meminta supaya ia secara terperinci dibincang semula dengan pimpinan parti masing-masing supaya ada persefahaman.

“Bincang semula dengan semua parti dan juga negeri... untuk buat keputusan bersama,” katanya kepada media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di sini hari ini ketika ditanya jika terdapat perubahan dalam keputusan sebelum ini berhubung pembubaran DUN.

Majlis Presiden PH sebelum ini memutuskan bahawa ketiga-tiga negeri tidak akan membubarkan DUN jika PRU-15 diadakan tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa 10 Oktober untuk memberi laluan kepada PRU-15 selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata DAP Pulau Pinang meminta supaya keputusan untuk tidak membubarkan DUN yang dibuat sebelum ini dikaji semula dan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH hari ini.

Ditanya jika sudah terdapat keputusan berkaitan perkara itu, Anwar menjawab: “Tak, selalunya kita dalam hal-hal besar, sama ada pimpinan parti bincang dulu, bawa ke Majlis Presiden atau Majlis Presiden berikan kerangka dasar utama, itu disebut garis besar bawa ke pimpinan parti masing-masing.

“Setakat ini, kita masih terikat dengan keputusan yang lalu tetapi masih ada perbincangan,” kata Presiden PKR itu.

 Mengenai rundingan antara PH dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk bekerjasama dalam PRU-15, Anwar berkata ia positif dan boleh diteruskan.

“Buat masa ini, kerjasama dengan MUDA adalah pakatan pilihan raya kerana saya tidak fikir Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan meluluskan apa-apa buat masa sekarang,” katanya.

Ditanya kemungkinan beliau bertanding di kerusi Parlimen Tambun, Anwar berkata: “Ia adalah antara kawasan yang saya beri perhatian, belum muktamad lagi.” - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar