web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Kenapa Pertikai PN Tolak Pembubaran Parlimen, Ini Keputusan Kabinet’ - Azmin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 7:13PM

Azmin Ali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempersoal mengapa Perdana Menteri mempertikaikan pendirian gabungan itu menolak cadangan pembubaran Parlimen, sedangkan sebelum ini beliau sendiri membuat kenyataan bahawa keputusan pembubaran berkenaan perlu dibincangkan di peringkat Kabinet.

Mohamed Azmin berkata, Perdana Menteri sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa keputusan pembubaran Parlimen perlu dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri, memandangkan Barisan Nasional (BN) bukan lagi gabungan yang membentuk kerajaan secara bersendirian.

“Mengapa kini Perdana Menteri mempertikaikan pendirian Menteri PN yang diputuskan secara bersama dalam Jemaah Menteri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Mohamed Azmin, punca sebenar ketidakstabilan dan ketidakharmonian dalam kerajaan adalah disebabkan percakaran kuasa antara kleptokrat dengan kluster Perdana Menteri.

Justeru, katanya, pendirian terbaru Ismail Sabri itu pastinya di atas desakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, sesungguhnya, tindakan Ismail Sabri menyalahkan Menteri PN adalah bermotifkan politik yang terdesak untuk mengalih persepsi rakyat terhadap UMNO dan BN yang gagal merasai denyutan nadi rakyat.

“PN yakin rakyat dapat menilai siapakah musuh sebenar mereka,” katanya.

Selain itu, Mohamed Azmin berkata, pendirian Menteri PN menolak cadangan pembubaran Parlimen adalah penegasan semula terhadap keputusan Jemaah Menteri pada 21 September lalu.

Pada mesyuarat tersebut, katanya, Jemaah Menteri bersetuju bahawa kerajaan harus memberi tumpuan terhadap usaha pemulihan ekonomi negara serta meningkatkan usaha kesiapsiagaan menghadapi banjir.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 September, jelasnya, bersetuju bahawa proses pembubaran Parlimen perlu dibuat melalui konsultasi dan diputuskan Jemaah Menteri terlebih dahulu, sebelum Perdana Menteri menyembah warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan baginda untuk membubarkan Parlimen.

“Ismail Sabri juga sedia maklum bahawa beberapa kerajaan negeri berpendirian tidak akan membubarkan DUN (Dewan Undangan Negeri) masing-masing sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tahun ini.

“Pembubaran Parlimen dan DUN secara berasingan akan mengakibatkan kos pengurusan pilihan raya yang sangat tinggi,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri berkata, tindakan tidak wajar 12 menteri Kabinet mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong mencetuskan ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan.

Malah, katanya, ia jelas membelakangkan institusi Perdana Menteri yang mana pelantikannya diperkenan Yang di-Pertuan Agong, sekali gus mengikis semangat solidariti dalam pentadbiran kerajaan.

Terdahulu, beberapa menteri PN mengesahkan seramai 12 menteri daripada gabungan itu mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong, memaklumkan pendirian mereka yang tidak mahu PRU-15 diadakan pada tahun ini.

Perkara itu disahkan Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin yang menegaskan ia disebabkan mereka berpendirian kebajikan rakyat adalah perkara penting perlu diberikan tumpuan ketika ini.

Sementara itu, Getaran hari ini melaporkan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin senada dengan Mohamed Azmin apabila memaklumkan, tindakan menteri PN terbabit adalah selaras dengan keputusan parti.

Akuinya, beliau menandatangani surat tersebut sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, selaras keputusan PN yang tidak mahu mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat. - Getaran, 12 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

2

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Malaysia Tolak Tawaran Anjur Sukan Komanwel 2026 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad