web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PU Azman Hadapi 5 Tuduhan Lakukan Amang Seksual Terhadap 2 Remaja Lelaki

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 4:43PM

Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang pendakwah selebriti dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual ke atas dua remaja lelaki bawah umur.

Azman Syah Alias, 41, atau lebih dikenali sebagai PU Azman mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, di dalam tandas dan ruang tamu sebuah rumah di taman perumahan dekat Labu, Nilai antara pukul 3 hingga 5 pagi pada 6 Julai lepas.

Tertuduh juga menghadapi dua pertuduhan sama terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun 10 bulan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam bilik tidur antara jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam pada 5 Februari dan di ruang tamu rumah sama antara pukul 3 hingga 5 pagi, 6 Julai.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Husni Fairos Ramly, manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad dan Fahmi Adilah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Tertuduh turut dilarang daripada mendekati mangsa dan saksi sehingga kes selesai, selain melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen pada 8 Disember. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Bas Didakwa, Mengaku Tidak Bersalah Buat Amang Seksual

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengawal Keselamatan Mengaku Tak Bersalah Sumbang Mahram, Amang Seksual 2 Anak Perempuan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan Guru Lelaki Disyaki Terbabit Kes Amang Seksual Murid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi