web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Akan Laksana Pelabelan Kalori Makanan Di Restoran, Kafeteria Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 2:38PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Bahagian Pemakanan akan melaksanakan sebuah projek rintis pelabelan kalori makanan di restoran dan kafeteria pada awal tahun depan, bagi menilai kebolehlaksanaan dasar pelabelan menu di Malaysia.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata sebagai permulaan, ia akan dilaksanakan di restoran di Putrajaya selain kafeteria KKM dan kementerian lain serta rangkaian restoran makanan segera.

“Sekarang ini kita (KKM) dalam peringkat perancangan untuk mengenal pasti kafeteria dan restoran yang ingin ambil bahagian dalam projek rintis ini yang bakal dilaksanakan sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun.

“KKM akan sediakan maklumat (kalori) tersebut supaya mereka (pengusaha) tidak perlu membelanjakan duit untuk konsultan bagi melabelkan menu makanan mereka. Cuma kita minta kerjasama daripada pihak pengurusan restoran supaya apabila sudah dibuat maklumat kalori itu, ia dapat diletakkan pada menu di kedai makanan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Anti Obes-City Putrajaya dan pelancaran modul program pengurusan berat badan Trim&Fit bagi pelaksanaan di semua kementerian dan jabatan di KKM di sini hari ini. 

Ditanya sama ada projek rintis itu akan menjurus kepada dasar pelabelan menu pada masa akan datang, Khairy berkata projek tersebut dibuat bagi melihat perubahan tingkah laku masyarakat.

“Selepas itu, KKM secara berdasarkan bukti akan tengok dari segi data, dari segi kejayaan projek rintis sebelum kita buat keputusan berkenaan dasar pelabelan wajib kerana ada negara yang sudah wajibkan dan kita akan lihat kesannya,” katanya menambah projek rintis itu akan diperluas di seluruh negara sekiranya berjaya dilaksanakan.

Beliau berkata penentuan kalori di restoran akan dilakukan oleh pakar di Bahagian Pemakanan dengan melihat ramuan untuk menghasilkan sajian itu sebelum analisis dibuat.

Sementara itu, program pengurusan berat badan Trim&Fit merupakan satu intervensi yang dijalankan mengikut persekitaran tempat kerja bagi memberi peluang kepada penjawat awam berlebihan berat badan dan obesiti menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mencatatkan prevalen obesiti dalam kalangan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas adalah 19.7 peratus manakala 30.4 peratus mengalami masalah lebihan berat badan. 

Ia membawa maksud bahawa satu daripada setiap dua individu dewasa Malaysia (50.1 peratus) berlebihan berat badan dan obes dan daripada jumlah tersebut, masalah obesiti dalam kalangan penjawat awam yang bekerja di agensi dan jabatan kerajaan mencapai 41.4 peratus. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

KJ Kagum Kesediaan PM Dengar Idea Ketika Bincang Isu Ekonomi

2

Politik 3 tahun yang lalu

‘Saya Sudah Beri Pandangan, Muhyiddin Minta Fikir Sekali Lagi’ - KJ

3

Politik 3 tahun yang lalu

Fahmi Nafi PKR Keluar Surat Tawaran Keahlian Kepada Khairy

4

Politik 3 tahun yang lalu

Jika Pak Lah Letak Jawatan, Zahid Patut Buka Pertandingan 2 Jawatan Tertinggi

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar