Berita Terkini

3 jam yang lalu: 55 sekolah luar bandar di Kedah dilengkapi kemudahan gentian optik 'Point of Presence' (PoP) 3 jam yang lalu: Lapangan Terbang Antarabangsa Senai terima penerbangan pertama dari China 3 jam yang lalu: Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang berkaitan kesalahan menghendap 3 jam yang lalu: TPM Ahmad Zahid sahkan Sulaiman Md Ali meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka 3 jam yang lalu: Ahmad Zahid akan menghadap TYT Negeri Melaka untuk persembah nama calon Ketua Menteri baharu

IKUTI KAMI


Jika Pak Lah Letak Jawatan, Zahid Patut Buka Pertandingan 2 Jawatan Tertinggi

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Jan 2023 12:57PM

Walaupun kini tidak berparti selepas dipecat UMNO Jumaat lalu, Khairy Jamaluddin menolak dakwaan beliau tersilap langkah apabila lantang mengkritik Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin menegaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekurang-kurangnya patut membenarkan jawatan tertinggi dipertandingkan selepas kekalahan teruk UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November tahun lalu.

Walaupun kini tidak berparti selepas dipecat UMNO Jumaat lalu, Khairy menolak dakwaan beliau tersilap langkah apabila lantang mengkritik Zahid, dengan menegaskan hasratnya hanya untuk mendesak pemilihan bagi jawatan Presiden susulan prestasi buruk parti itu pada PRU-15.

Bercakap dalam temubual bersama Radio BFM pagi ini, beliau berkata, Presiden parti terdahulu melepaskan jawatan mereka selepas UMNO menunjukkan prestasi buruk dalam pilihan raya dengan memetik bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai contoh berikutan kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004.

"Maksud saya sangat mudah, jika 'Pak Lah' diminta berundur sebagai Presiden selepas kami kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, jika Najib diminta berundur selepas pilihan raya 2018, paling tidak anda boleh lakukan, jika anda tidak mahu berundur, buka pemilihan parti untuk pertandingan terbuka,” katanya.

Khairy ditanya sama ada beliau tersilap dalam percaturannya apabila mengambil risiko menentang Zahid dalam beberapa bulan kebelakangan ini sehingga menyebabkannya dipecat daripada parti.

Abdullah meletak jawatan sebagai Presiden UMNO selepas tekanan meningkat terhadapnya berikutan prestasi hambar pada PRU-12 yang menyaksikan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Abdullah juga dikatakan sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap kebangkitan Khairy dalam politik dengan melantiknya sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri.

Ketika itu, Khairy digelar sebagai sebahagian daripada "budak tingkat empat" merujuk kepada pejabat beliau di bangunan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Pengganti Abdullah, Datuk Seri Najib Razak, turut berundur daripada jawatan tertinggi itu selepas BN kehilangan kuasa untuk menerajui kerajaan Persekutuan buat pertama kali dalam sejarah pada PRU-14.

Bagaimanapun, semasa diterajui Zahid, UMNO merekodkan keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah apabila parti itu hanya memperoleh 26 kerusi pada PRU-15, dengan komponen BN lain memenangi empat kerusi.

Khairy berkata, melihat situasi ini sudah menjadi lumrah untuk membenarkan pertandingan merebut jawatan tertinggi dalam UMNO bagi membolehkan mereka yang mempunyai idea lebih baik memulihkan nasib parti.

Beliau turut menyifatkan tuduhan dibuat terhadapnya sehingga beliau dipecat daripada UMNO sebagai tidak adil kerana tindakannya mengkritik kepimpinan parti bertujuan untuk menyakinkan pengundi.

"Saya cuba katakan ada hari lebih baik untuk UMNO, saya mewakili generasi baru yang mahu menghidupkan dan mereformasikan UMNO. Saya tidak nampak bagaimana mesej positif seumpama itu bertujuan memahamkan orang ramai dan memulihkan keyakinan umum kepada kredibiliti parti dianggap satu yang negatif.

"Maksud saya bukan untuk menentang parti atau keahliannya, tetapi menentang kepimpinan. Sudah tentu ia bukan bertujuan menjatuhkan parti dalam pilihan raya, tetapi lebih kepada memberi harapan kepada mereka yang hilang kepercayaan kepada UMNO,” katanya.

Khairy juga menegaskan bahawa tindakan tatatertib telah diambil terhadapnya dan beberapa pemimpin lain tidak mengikut proses yang sewajarnya.

Antara lain, mantan Ahli Parlimen Rembau itu menyatakan bagaimana beliau hanya dimaklumkan mengenai pemecatannya melalui media sosial.

Malah katanya, beliau tidak diberikan sebarang surat tunjuk sebab atau diberi peluang untuk membela diri di hadapan Lembaga Disiplin.

Selain Khairy, seorang lagi pemimpin berprofil tinggi yang dipecat daripada UMNO ialah mantan Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dikenakan penggantungan selama enam tahun.

Khairy yang juga mantan Ketua Pemuda UMNO berkata, beliau percaya Hishammuddin juga akan dipecat jika beliau bukan Ahli Parlimen dengan mendakwa Zahid memerlukannya untuk mengekalkan kestabilan kerajaan perpaduan yang disertai parti itu. - The Vibes, 30 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 jam yang lalu

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka

2

Semasa 1 hari yang lalu

Rais Kekal Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu - Ahmad Zahid

3

Politik 3 hari yang lalu

Lantik Individu Tewas Pegang Jawatan, UMNO Parti Kering Idea?

4

Politik 5 hari yang lalu

Pemuda UMNO Lantik 3 Ahli Sertai Kepimpinan Tertinggi

Sorotan

1

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka

2

Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

3

Tubuh Task Force Selaras Agihan Bantuan Dengan YKN Di Setiap Negeri

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

oleh Farhana Farush

Sukan 16 jam yang lalu

Malaysia Benam Hong Kong 2-0, Tutup Siri Aksi Persahabatan Dengan Bergaya

Semasa 13 jam yang lalu

Lawatan Anwar Ke China Untuk Perkukuh Hubungan Dua Hala - Zambry

oleh Khaw Chia Hui

Luar Negara 1 hari yang lalu

AS: Penyerang Tembak Mati 6 Orang Dikenalpasti Sebagai Audrey Hale