web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cadangan Bubar DUN Pulau Pinang Dibincang Dalam Mesyuarat Presiden PH Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 9:33AM

Mesyuarat Majlis Presiden PH yang akan diadakan hari ini bakal menentukan sama ada Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, yang ditadbir oleh PH akan dibubarkan atau tidak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permintaan DAP Pulau Pinang supaya keputusan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibuat sebelum ini dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dikaji semula, akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Mesyuarat Presiden PH pada minggu lepas memutuskan tiga negeri yang ditadbir Pakatan Harapan terdiri daripada Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan tidak akan membubarkan DUN masing-masing jika PRU-15 diadakan pada tahun ini.

Anthony Loke
Anthony Loke

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata terdapat beberapa alasan untuk DUN Pulau Pinang dibubarkan antaranya mengambil kira pandangan orang ramai terutama dari negeri itu yang cenderung mahu pilihan raya negeri diadakan serentak dengan PRU-15. 

“Mesyuarat malam tadi telah membahas isu ini dengan panjang lebar dan kita akan bawa perkara ini ke Mesyuarat Majlis Presiden PH pada petang ini untuk dibincang bersama dan segala keputusan hanya akan diputus selepas mesyuarat tersebut.

''Mereka (rakyat Pulau Pinang) mengatakan tidak mahu keluar mengundi dua kali, itu salah satu pandangan rakyat yang disiarkan meluas melalui media-media di negeri itu...itu faktor yang perlu kita ambil kira,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu, di sini. 

Beliau berkata mesyuarat itu turut menetapkan Jawatankuasa DAP negeri diberi tempoh sehingga Isnin depan (17 Oktober) untuk mengemukakan cadangan nama calon masing-masing yang akan bertanding pada  PRU-15.

Menurutnya mesyuarat itu juga memutuskan semua konvensyen DAP negeri yang telah dijadualkan akan ditangguhkan dan diadakan selepas PRU-15 kecuali bagi konvensyen negeri Pahang. 

“Pada Ahad ini (16 Oktober) Konvensyen DAP Pahang akan tetap diadakan dan saya akan mewakili CEC untuk pergi merasmikannya dan juga melancarkan jentera pilihan raya peringkat Pahang,” katanya.

Ketika ditanya mengenai sama ada parti itu akan bekerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) untuk menghadapi PRU-15, Loke berkata ketika ini, tiada sebarang permohonan diterima daripada parti berkenaan untuk bekerjasama.

Malah menurutnya fokus DAP ketika ini ialah untuk mengukuhkan parti itu selain masih mempertimbang bekerjsama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM). - Bernama 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek