web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zeti Akan Dipanggil Sebagai Saksi Dalam Perbicaraan 1MDB Najib

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 8:11PM

Zeti Akhtar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Seri Najib Tun Razak.

Isu memanggil Zeti untuk memberi keterangan timbul selepas peguam utama bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bertanyakan satu soalan kepada saksi ke-39 pendakwaan, bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank Cheah Tek Kuang, 75, mengenai kehadiran ahli perniagaan dalam buruan  Low Taek Jho atau Jho Low di kediaman Zeti.

Selepas soalan itu diajukan kepada Cheah, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu Hakim Datuk Collin Sequerah bahawa soalan itu boleh ditanya kepada Zeti kemudian kerana pihak pendakwaan akan memanggil beliau untuk memberi keterangan dalam kes ini.

“Kami akan memanggil Zeti dan soalan ini boleh diajukan kepada beliau. Beliau mempunyai jawapan,” kata Sri Ram.

Terdahulu, Cheah disoal balas oleh Muhammad Shafee pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan  wang haram Najib melibatkan dana RM2.3 bilion milik 1MDB. 

Muhammad Shafee: Adakah anda pernah melawat rumah Gabenor (Zeti) ? 

Cheah: Sekali untuk sambutan Hari Raya.

Muhammad Shafee: Adakah kamu pernah nampak Jho Low di rumah itu ?

Cheah: Tidak. Saya amat pasti.

Muhammad Shafee: Saya dapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa Jho Low kerap melawat rumah Zeti.

Cheah: Saya tidak tahu 

Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

4

Semasa 1 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad