web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penganggur Terus Berkurang, Kedudukan Pasaran Buruh Kekal Stabil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 4:59PM

Mustapa Mohamed - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bilangan penganggur di negara ini pada Ogos lalu terus berkurang kepada 612,000 orang, berbanding 620,700 orang pada bulan sebelumnya, manakala kadar pengangguran kekal pada 3.7 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, angka tersebut berdasarkan siaran Statistik Tenaga Buruh Malaysia, Ogos 2022 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan hari ini.

"Kedudukan pasaran buruh pada Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan. 

"Aktiviti perniagaan serta sosial terus beroperasi seperti biasa telah membolehkan ekonomi pulih semula dengan lebih kukuh dan keperluan tenaga buruh semakin meningkat," katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, bilangan tenaga buruh pada Ogos lalu juga semakin kukuh dengan peningkatan sebanyak 30,500 atau bersamaan dengan pertambahan 0.2 peratus kepada 16.63 juta orang.

Jelasnya, kadar penyertaan tenaga buruh merekodkan peningkatan sebanyak 0.1 mata kepada 69.7 peratus pada bulan tersebut.

"Bilangan penduduk bekerja pada bulan Ogos 2022 terus stabil dengan merekodkan peningkatan sebanyak 39,300 orang atau 0.2 peratus kepada 16.02 juta," ujarnya.

Mengikut sektor ekonomi, Mustapa berkata, bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan terus bertambah, terutama dalam aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman; perdagangan borong dan runcit; serta aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan.

Trend yang sama juga kata beliau, dicatatkan dalam sektor pembuatan dan pembinaan manakala guna tenaga dalam sektor pertanian serta perlombongan dan pengkuarian dikesan merekodkan pengurangan.

Menurutnya, bilangan bagi kategori pekerja bergaji (salaried workers) meningkat sebanyak 22,100 kepada 12.17 juta pada Ogos tahun ini.

Pada masa sama, katanya, penduduk bekerja sendiri  juga meningkat sebanyak 17.2 ribu kepada 2.80 juta orang.

"Kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif bagi memastikan kadar pengangguran kekal rendah termasuklah dengan meneruskan insentif penggajian kepada majikan dan memudah cara pencarian pekerjaan," katanya.

Antara 1 Januari hingga 30 September lalu tambahnya, seramai 58,550 telah mendapat manfaat di bawah Program Jamin Kerja – Insentif Penggajian. 

Mustapa memberitahu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) juga telah berjaya melakukan penempatan pekerjaan untuk 143,643 dalam tempoh yang sama.

"Selaras dengan kedudukan ekonomi yang semakin baik dengan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah meningkat kepada 6.5 peratus hingga 7.0 peratus pada tahun ini serta inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan Keluarga Malaysia, pasaran buruh dijangka bertambah baik dan kekal di tahap guna tenaga penuh. 

"Kadar pengangguran dijangka terus berkurangan secara beransur-ansur tahun ini," katanya. - Getaran, 11 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Buruh Bunuh Teman Wanita Terlepas Tali Gantung, Dipenjara 35 Tahun

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesan Tikaman Pada Badan, Kepala, Buruh Ladang Dipercayai Dibunuh

3

Semasa 2 tahun yang lalu

TPM Mahu SME Corp Cari Dana Bantu Usahawan PMKS Tembusi Pasaran Antarabangsa

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Syarikat Satelit TV Indonesia IPTV Lebarkan Sayap Ke Malaysia Tahun Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad