web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perutusan Khas PM 3 Petang Ini, Dijangka Bubar Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Oct 2022 1:12PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat perutusan khas pada jam 3 petang ini.

Perkara itu disahkan beliau menerusi hantaran di Facebook.

“Ikuti perutusan khas pada jam 3 petang hari ini (Isnin), 10 Oktober 2022,” katanya.

Pengumuman tersebut dijangka berkaita rapat dengan keputusan kerajaan untuk membubarkan Parlimen.

Terdahulu, Ismail Sabri dilaporkan sudah mempersembahkan cadangan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.

Justeru, ia menimbulkan spekulasi hangat bahawa Parlimen akan dibubarkan dalam tempoh paling terdekat bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.

Malah, kehadiran Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun di lapangan terbang Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi bagi menghantar Yang di-Pertuan Agong ke London malam tadi, mungkin petunjuk paling jelas bahawa pengumuman pembubaran Parlimen bakal dibuat seawal hari ini.

Tengah hari semalam, Al Sultan Abdullah dilaporkan menerima menghadap Perdana Menteri yang menurut sumber, adalah permintaan Ismail Sabri sendiri untuk memohon perkenan bagi membubarkan Parlimen.

Di sebalik desas-desus itu, pelbagai pihak, termasuk pemimpin parti politik dan rakyat menyifatkan tindakan mengadakan PRU15 pada musim tengkujuh bukan tindakan tepat kerana ia memberi risiko terhadap keselamatan.

Namun, barisan pemimpin UMNO seolah-olah ‘berkeras’ mahu ia dilaksanakan, malah seperti mendesak Perdana Menteri membubarkan Parlimen secepat mungkin.

Getaran melaporkan, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan Perdana Menteri ‘wajib’ membubarkan Parlimen selepas pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober lalu.

Beliau mengingatkan Ismail Sabri agar melaksanakan PRU15 pada tahun ini yang menjadi hasrat dan suara kepimpinan setiap negeri, khususnya ahli akar umbi UMNO dan BN.

Menurut beliau, jentera BN juga sudah bersiap siaga sekiranya pilihan raya diadakan pada November ini, iaitu ketika negara menghadapi musim banjir.

“Perkataan bubar itu Perdana Menteri dengar dengan jelas. Saya yakin beliau (Ismail Sabri) dapat petunjuk nyata dan jelas. Insya Allah, beliau tidak akan tunggu lama lagi.

“Buatlah apa patut lepas pembentangan Bajet 2023 dan yakin ia perlu punya ‘goodies’ yang baik. Ini ertinya keprihatinan Perdana Menteri dan kerajaan terhadap generasi muda pelbagai kaum.

“Kita tahu ada banjir, namun sanggup rendah banjir untuk berkempen. Masa banjir Pemuda, Wanita, Puteri turun lebih ramai dari parti lain...kita sanggup turun dan kempen masa banjir mahupun hujan lebat,” katanya. – Getaran, 10 Oktober 2022




 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad