web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


154 Mangsa Banjir Baling Dipindah Ke PPS 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 11:33AM

Pasukan penyelamat membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS di Kompleks Rakan Muda Batu 42, Baling. - Gambah ihsan APMM Kedah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 154 mangsa daripada 49 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kompleks Rakan Muda Batu 42, Baling, Kedah, setakat pagi tadi.

Mereka diarahkan berpindah susulan banjir yang melanda kawasan perkampungan masing-masing akibat hujan lebat semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, semua mangsa dinasihatkan untuk terus berlindung di PPS, setelah mengambil kira keadaan cuaca yang masih mendung dan keadaan rumah yang tidak selamat akibat dinaiki air.

Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan perahu bagi memindahkan seorang warga emas yang mengalami keuzuran ke PPS berhampiran.
Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan perahu bagi memindahkan seorang warga emas yang mengalami keuzuran ke PPS berhampiran.

Menurutnya, semua mangsa dari Kampung Carok Sikin, Paya dan Tanjung Merbau itu mula berpindah sejak petang semalam dan malam tadi.

"Mereka tidak dibenarkan pulang kerana penempatan tidak selamat dan keadaan rumah masih dipenuhi air serta sampah sarap.

"Kita bimbang kerana hujan masih turun dan mereka terpaksa berpindah semula, jadi untuk sementara mereka perlu tinggal di PPS sehingga keadaan pulih dan selamat," katanya hari ini.

Sebuah PPS telah dibuka di Kompleks Rakan Muda Batu 42, Baling bagi menempatkan mangsa banjir di kawasan berhampiran.
Sebuah PPS telah dibuka di Kompleks Rakan Muda Batu 42, Baling bagi menempatkan mangsa banjir di kawasan berhampiran.

Beliau berkata, anggota APM juga dikerah memantau dari semasa ke semasa dan menyukat paras air Sungai Ketil kerana arus yang masih deras.

Sementara itu, laman web rasmi Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan, paras air di Sungai Padang Terap Kampung Kubu di daerah Padang Terap melebihi paras bahaya iaitu 14.07 meter setakat jam 10 pagi tadi.

Sungai Perik di Padang Terap pula mencatatkan bacaan meningkat 11.77 meter manakala Sungai Anak Bukit di Taman Aman di daerah Kota Setar meningkat 2.28 meter dan melepasi tahap waspada, dengan trend air semakin meningkat.

Selain itu, paras bacaan air di Intake Empangan Beris di Sik pula menunjukkan bacaan 84.08m dan sudah melepasi tahap waspada. - Getaran, 10 Oktober 2022

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 22 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad