Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Kehadiran Speaker Bertemu Agong Kuatkan Ramalan Parlimen Dibubar Hari Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 10:45AM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke United Kingdom, malam tadi. - Gambar dari Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehadiran Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun di lapangan terbang bagi menghantar Yang di-Pertuan Agong ke London malam tadi mungkin petunjuk paling jelas bahawa pengumuman pembubaran Parlimen bakal dibuat seawal hari ini.

Azhar adalah antara delegasi yang hadir di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, semalam bagi menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda berdua berlepas ke London malam tadi, bagi bertemu Raja Charles III dan menyaksikan pelancaran stesen jana kuasa Battersea. Lawatan rasmi tersebut diadakan sehingga 16 Oktober.

Turut dilihat hadir ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sollehuddin Alyubi Zakaria, selain beberapa pegawai tinggi tentera.

Pasangan Diraja itu diiringi dua puteri baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, Tengku Puteri Ilyana, dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Pesawat yang membawa rombongan Diraja tersebut berlepas pada jam 9.30 malam tadi.

Kehadiran Azhar Harun (empat dari kiri) di lapangan terbang malam tadi memperkuatkan lagi spekulasi mengenai pembubaran Parlimen seawal hari ini.
Kehadiran Azhar Harun (empat dari kiri) di lapangan terbang malam tadi memperkuatkan lagi spekulasi mengenai pembubaran Parlimen seawal hari ini.

Tengah hari semalam, Al Sultan Abdullah menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menurut sumber, adalah permintaan Perdana Menteri sendiri untuk memohon perkenan bagi membubarkan Parlimen.

Jika permohonan tersebut menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong, baginda akan menandatangani Perintah Pembubaran.

Ia bermakna kehadiran Speaker untuk menghadap baginda sebelun keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ke luar negara adalah petunjuk bahawa Parlimen akan dibubarkan tidak lama lagi. 

Ramai menjangkakan Ismail Sabri akan membuat pengumuman pembubaran Parlimen malam ini, selepas mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. 

Beliau ketika ini menyandang portfolio Naib Presiden dan sejak beberapa bulan lalu menerima tekanan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar membubarkan Parlimen pada kadar segera, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Walaupun Perdana Menteri hari ini dijadualkan menghadiri konvesyen kebangsaan MIC pada jam 2.30 petang, tidak mungkin beliau akan mengumumkan pembubaran Parlimen ketika itu.

Desas-desus pembubaran Parlimen itu turut diramalkan berlaku oleh dua pemimpin DAP.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang baru menyelesaikan siri jelajah ke empat negeri berkata, beliau sedang dalam perjalanan pulang ke ibu negara dan menjangkakan  pembubaran Parlimen hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bangi dan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming yang tidak akan mempertahankan kerusi dimenanginya mengucapkan selamat tinggal kepada pengundi serta mengalukan kedatangan penyandang baharu.

“Petang terakhir sebagai Ahli Parlimen 102 Bangi?  Jika benar, ia adalah satu penghormatan untuk berkhidmat buat pengundi di Balakong, Kajang dan Bangi sjak 4 1/2 tahun lalu. Maaf atas segala kekurangan. Saya akan bekerja keras untuk berkempen bagi calon DAP dan PH,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Beliau turut menyebut nama Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dan peguam, Syahredzan Johan yang dikatakan bakal menggantikan beliau sebagai calon.

Mengadakan pilihan raya pada musim tengkujuh bukan satu tindakan yang dipersetujui ramai, apatah lagi Agong sendiri sudah menitahkan kerajaan dan rakyat untuk bersedia menghadapi musibah banjir.

Baginda juga berkenan melakukan lawatan mengejut ke Jabatan Meteorologi pada Khamis, untuk mendengar taklimat musim tengkujuh dan persediaan menghadapi banjir besar serta hujan lebat.

Lawatan tersebut dibuat sebelum baginda menerima menghadap Perdana Menteri pada hari yang sama.

Ramai melihat pendirian baginda berhubung pelaksanaan pilihan raya itu membawa maksud ia akan dianjak ke tahun depan.

Jumaat lalu pula, pembentangan Bajet 2023 dilakukan di Dewan Rakyat.

Ismail Sabri bagaimanapun dikatakan berada dalam tekanan, apabila menerima desakan UMNO agar PRU-15 segera dilaksanakan. - The Vibes 2022







 

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

Semasa 1 hari yang lalu

Individu Hina Institusi Diraja Dikenal Pasti, Lebih 20 Kertas Siasatan Lampau - Fahmi

Semasa 6 jam yang lalu

Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan

Semasa 12 jam yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan