web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bajet 2023 Iktiraf Peranan Wanita Segenap Lapisan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 9:26AM

Peningkatan penyertaan wanita dalam ekonomi telah diterima sebagai laluan kritikal untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelbagai inisiatif dan keistimewaan diberikan kepada wanita menerusi Bajet 2023 yang membuktikan kerajaan mengiktiraf peranan setiap golongan kaum hawa tidak kira siapapun, termasuk suri rumah, yang bekerjaya, para ibu mahupun usahawan.

Penolong Setiausaha Kehormat Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO), Profesor Madya Dr Sharifah Syahirah S. Shikh berkata Bajet 2023 juga mengiktiraf kepakaran wanita dalam meningkatkan ekonomi negara.

Dr Sharifah Syahirah S. Shikh - Gambar dari Facebook
Dr Sharifah Syahirah S. Shikh - Gambar dari Facebook

Malah beliau berkata belanjawan itu menunjukkan kesungguhan kerajaan menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah mengambil cuti rehat daripada kerjaya (career break).

“Selain itu, ia turut memperkukuhkan lagi peranan wanita sebagai pemimpin,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Dalam Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada Jumaat, kerajaan mengumumkan pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan yang diterima mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2028 bagi menggalakkan wanita kembali bekerja selain memperkenalkan program latihan khas untuk meningkatkan kemahiran wanita, mengenal pasti dan seterusnya menambah bilangan wanita yang layak dilantik sebagai ahli lembaga pengarah.

Selain itu, para ibu daripada isi rumah yang menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada 2023 akan menerima bantuan tunai secara one off sebanyak RM500 di bawah program CahayaMata Keluarga Malaysia.

Mengulas mengenai pemberian bantuan tunai itu, Sharifah Syahirah berkata ia mencerminkan keprihatinan kerajaan mengenai kesejahteraan keluarga dan kesihatan mental ibu selepas bersalin dan secara tidak langsung membantu mengurangkan perbelanjaan keluarga.

Katanya pelepasan cukai sehingga RM3,000 ke atas bayaran yuran taska dan tadika berdaftar yang diumumkan kerajaan juga mempamerkan keprihatinan kerajaan kepada keluarga yang mempunyai anak kecil selain memberi kelegaan kepada ibu bapa.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan  Wanita (WAO) Sumitra Visvanathan berkata organisasi itu memuji usaha penubuhan Tribunal Anti Gangguan Seksual.

Bagaimanapun, beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian terhadap pelaksanaannya kelak, bagi memastikan tribunal berkenaan berpaksikan mangsa.

Selain itu, beliau berkata peningkatan penyertaan wanita dalam ekonomi telah diterima sebagai laluan kritikal untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Bagaimanapun menurut beliau, bajet kali ini tidak memberi tumpuan kepada langkah penting yang akan membolehkan penyertaan ekonomi yang lebih besar daripada kalangan wanita.

“Antara lain, ia kurang mengiktiraf keperluan dalam penjagaan kanak-kanak yang boleh diakses secara universal dan mampu milik di dalam komuniti ramai.

“Peruntukan berkaitan yang disediakan dalam belanjawan ini nampaknya disasarkan kepada golongan berpendapatan sederhana dan bukannya kumpulan B40, yang jelas amat memerlukan penjagaan kanak-kanak berasaskan komuniti yang berpatutan dan standard,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad