web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet 2023: Peningkatan Peruntukan Sokongan Berterusan Kerajaan - Pengamal Perubatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 12:34PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengamal bidang perubatan menyambut baik Bajet 2023 yang dibentangkan pada Jumaat dengan peningkatan peruntukan yang signifikan kepada sektor kesihatan awam, berbanding tahun-tahun sebelum ini, selain menyokong perubahan yang diperlukan dalam sistem penjagaan kesihatan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata menerusi kenyataan pasca-bajet tersebut, kerajaan telah memperuntukkan RM36.139 bilion kepada Kementerian Kesihatan (KKM), iaitu RM31.5 bilion adalah untuk pengoperasian dan RM4.63 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

“Peruntukan dalam Bajet 2023 adalah peningkatan RM3.72 bilion atau 11.51 peratus berbanding RM32.4 bilion diperuntukkan pada 2022. Ini adalah salah satu peningkatan terbesar dalam perbelanjaan antara kementerian,” katanya dan menambah daripada keseluruhan RM372.3 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2023, 11.05 peratus diperuntukkan kepada KKM.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr R Muruga Raj berkata penekanan kerajaan terhadap pencegahan menerusi penambahbaikan kepada pelbagai program saringannya disambut baik dan berharap ia akan menggalakkan masyarakat untuk mengambil peluang daripada langkah tersebut.

Dr Muruga Raj menerusi kenyataan berkata beliau percaya cadangan enam inisiatif baharu bernilai RM3.4 bilion kepada Kementerian Kewangan pada akhir September lepas telah memberi impak dalam meyakinkan kementerian itu mengenai keperluan untuk peruntukan yang lebih tinggi kepada KKM.

“Bagaimanapun kami berharap akan ada perincian lanjut tidak lama lagi mengenai rancangan untuk sumber manusia yang merupakan nadi kepada sistem penjagaan kesihatan awam kita. Masih banyak yang perlu dilakukan dalam menangani isu doktor kontrak dan kekurangan pakar dan untuk itu, MMA berharap akan ada ketelusan dalam penggunaan pelbagai peruntukan di bawah KKM,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Datuk Dr Kuljit Singh berkata pengamal kesihatan swasta akan terus membantu kerajaan dalam merawat pesakit yang mempunyai mampu menanggung perbelanjaan kesihatan mereka sendiri dan ini akan mengurangkan beban sistem penjagaan kesihatan awam.

“Belanjawan ini adalah untuk pesakit yang memerlukan sistem penjagaan kesihatan awam dan kami berharap kerajaan akan terus membenarkan penjagaan kesihatan swasta untuk kekal dalam strukturnya sekarang tanpa gangguan terhadap model perniagaannya. Justeru, hospital swasta akan dapat memberi lebih sokongan kepada hospital awam,” katanya.

Bagaimanapun, badan bukan kerajaan Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial berpandangan Bajet 2023 bukanlah game changer atau pengubah keadaan kepada penjagaan kesihatan meskipun terdapat peningkatan signifikan peruntukan.

Ketua Eksekutifnya Azrul Mohd Khalib berkata bajet itu adalah usaha untuk menangani masalah yang sudah berlarutan disebabkan oleh kurangnya pelaburan sebelum ini seperti infrastruktur usang dan mengekalkan kakitangan kesihatan berkemahiran.

“Kerajaan juga mahu menangani isu doktor kontrak dengan menambah item bagi pengambilan kontrak, namun tidak menambah jawatan tetap walaupun terdapat peningkatan besar dalam emolumen secara keseluruhannya.

“Ini secara jelas bermaksud untuk menanggung perbelanjaan kenaikan pangkat kakitangan sedia ada dan meningkatkan gaji bagi membantu mengekalkan pekerja berkemahiran,” katanya dalam kenyataan.

Azrul berkata beliau kecewa kerana tidak disebut tentang komitmen untuk menangani isu kewangan penjagaan kesihatan dan melabur dalam penyelesaian jangka masa panjang yang mampan.

“Bagi memastikan sistem penjagaan kesihatan Malaysia dapat terus memberi perkhidmatan yang berkualiti, murah dan mudah diakses kepada semua pada masa akan datang serta menangani cabaran mencegah dan merawat penyakit tidak berjangkit (NCD), kesihatan mental dan populasi menua, kerajaan mestilah mempunyai keinginan dan komitmen untuk melabur sekarang dalam pendekatan baharu yang mampan bagi menampung perbelanjaan kesihatan,” katanya.

Selain itu, Khairy berkata Bajet 2023 mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan aspek kesihatan diberi penekanan dalam semua dasar merentasi pelbagai kementerian dan agensi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

4

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 minit yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad