web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bajet 2023 Bentang Semula Jika Parlimen Bubar - Tengku Zafrul

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 9:18PM

Tengku Zafrul bercakap pada sidang media selepas membentangkan Bajet 2023 di Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bajet 2023 akan dibentangkan semula untuk diluluskan sebaik Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selesai dilaksanakan jika Parlimen dibubarkan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perkara seumpama itu pernah berlaku pada 1999.

“Soalan tarikh bubar (Parlimen) perlu ditanya kepada Perdana Menteri, tetapi perkara ini pernah berlaku pada 1999.

“Jika kita rujuk kembali apa yang berlaku pada 1999, bajet dibentangkan, kemudian ada pembubaran dan dibentangkan semula.

“Jadi itu yang akan berlaku sekiranya ada pembubaran, tetapi soal bubar perlu ditanya kepada Perdana Menteri,” katanya pada sidang media selepas pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya apakah pembentangan Bajet 2023 itu dianggap bertindih sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum sempat ia diluluskan.

Dalam perkembangan lain, Tengku Zafrul berkata, projek pembangunan berskala besar seperti pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak adalah faktor perbelanjaan aspek itu menerima peruntukan RM95 bilion pada Bajet 2023, iaitu yang terbesar pernah disediakan setakat ini.

Katanya, peruntukan tersebut turut merangkumi projek lain seperti Mass Rapid Transit (MRT) 3 dan rancangan tebatan banjir yang bernilai kira-kira RM15 bilion.

“Ada banyak inisiatif besar disediakan kerajaan dalam aspek infrastruktur yang membawa kepada peningkatan perbelanjaan pembangunan tahun depan.

“Ini kerana kebanyakan projek bermula tahun depan,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan juga memberi lebih banyak fokus kepada Sabah dan Sarawak pada pembentangan bajet kali ini, khususnya melibatkan usaha menambah baik sekolah daif serta hospital dan klinik yang usang.

“Di sini kita beri peruntukan lebih,” katanya.

Tengku Zafrul memberitahu, sedikit sebanyak pertambahan jumlah peruntukan itu adalah didorong oleh sasaran untuk mempercepat pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

“Begitu juga banyak pembangunan infrastruktur lain yang kita beri fokus juga kepada Sabah dan Sarawak dalam bajet ini.

“Bajet 2023 turut memberi fokus kepada semua isu yang dapat menangani kelembapan ekonomi global tahun depan,” - Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 44 minit yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 17 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 59 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad