web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KDN Dapat RM18.3 Bilion, MINDEF Terima RM17.4 Bilion

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 8:10PM

Sebanyak RM4 bilion diperuntukkan untuk pembelian dan penyelenggaraan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bajet 2023 memperuntukkan masing-masing sebanyak RM18.3 bilion dan RM17.4 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi memperkukuh ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, terdapat lima perkara utama yang menjadi tumpuan kerajaan untuk dilaksanakan pada tahun depan membabitkan sektor ketenteraman dan keselamatan negara.

Menurut beliau, sebanyak RM4 bilion diperuntukkan untuk pembelian dan penyelenggaraan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan negara.

“Antara lain, kerajaan juga memperuntuk RM431 juta untuk pembelian dan penyelenggaraan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meningkatkan keselamatan dalam negeri.

“Turut menjadi keutamaan adalah penyelenggaraan semua kapal dan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk memastikan keselamatan kawasan maritim negara dengan peruntukan RM485 juta,” katanya.

Menurut beliau, RM18 juta lagi dikhususkan untuk perolehan alat pengimbas badan dan menaik taraf fasiliti di lima penjara, antaranya Penjara Seremban, Negeri Sembilan.

“Turut terlibat di bawah peruntukan ini ialah penambahan 25 pos kawasan sempadan Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Imigresen Malaysia, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), APMM termasuk di Serikin, Sarawak dan Lahad Datu, Sabah,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, kebajikan pasukan beruniform tanah air dan pesara akan terus dipelihara dengan beberapa inisiatif termasuk RM118 juta untuk menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).

Beliau berkata, kerajaan juga bercadang membina RKAT baharu pelbagai kelas di Pangkalan Udara Butterworth Pulau Pinang selain meneruskan pembinaan 12 projek pembinaan RKAT yang sedang berjalan.

“Sebanyak RM42 juta disediakan bagi membaik pulih dan menaik taraf kuarters kediaman PDRM dan RM28 juta lagi untuk meneruskan tiga projek pembinaan kuarters di bawah Jabatan Penjara, antaranya di Pusat Koreksional Labuan dan Akademi Koreksional Malaysia.

“Selain itu, seramai 21,000 pemegang kad veteran ATM dan kad pesara polis bakal menikmati pemberian 50 peratus diskaun semua pengangkutan awam di bawah kendalian Prasarana di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Pulau Pinang,” katanya. – Getaran, 7 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad