web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penjawat Awam Dapat Durian Runtuh Sehingga RM2,500

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 7:58PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kakitangan awam akan menerima durian runtuh dengan jumlah tambahan keseluruhan yang layak sebanyak RM2,500 tahun depan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia membabitkan RM700 untuk Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 ke bawah dan RM350 untuk sejuta pesara kerajaan.

Katanya, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 turut dinaikkan kepada RM600 dan akan dibayar Mac tahun depan.

“Selain itu, Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 turut dikuatkuasakan mulai awal tahun depan.

“Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 juga diberikan, menjadikan jumlah tambahan keseluruhan untuk mereka yang layak pada 2023 sebanyak RM2,500,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, Kenaikan Gaji Tambahan itu membabitkan semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 dengan implikasi kewangan RM1.5 bilion.

“Ini bermakna, jika seorang kakitangan Gred 11 yang bergaji RM1,600 mendapat Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak RM80 setiap bulan April bagi tahun hadapan, dia turut mendapat kenaikan gaji tambahan khas 2023 berjumlah RM100 ringgit bermula Januari 2023,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kadar maksimum gantian cuti rehat (GCR) yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai dinaikkan daripada 160 kepada 180 hari dengan anggaran implikasi kewangan RM100 juta setahun.

“Dengan kenaikan tersebut, kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50 peratus juga akan dinaikkan sehingga maksimum 90 hari.

“Diharapkan kenaikan penebusan awal ini dapat membantu penjawat awam yang memerlukan,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga telah menambah cuti rehat khas pegawai perkhidmatan pendidikan yang berkhidmat melebihi 10 tahun sebanyak lima hari, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak cuti 15 hari.

Katanya, pertambahan cuti rehat itu akan memberi manfaat kepada 500,000 guru untuk menguruskan hal peribadi dan membolehkan mereka mengumpul GCR yang lebih tinggi. - Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar