web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zizie Izette Dibenar Pindah Kes, Supaya Didengar Bersama Permohonan Suami

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 5:44PM

Bung Moktar Radin (tiga dari kiri) dan Zizie Izette Abdul Samad (dua dari kiri) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini berkaitan kes pertuduhan rasuah yang dihadapi mereka. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad untuk memindahkan kes beliau supaya didengar bersama permohonan suaminya Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Permohonan itu adalah semakan semula terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 September lepas yang memerintahkan Bung Moktar, 64, dan Zizie Izette, 44, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Zizie Izette memindahkan kesnya untuk didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid selepas peguam M. Athimulan memaklumkan pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang bantahan.

Pada prosiding hari ini, Athimulan turut memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya akan memohon untuk menyatukan permohonan semakan Zizie Izette dan Bung Moktar pada 11 Oktober ini.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria memaklumkan pemberita di luar mahkamah bahawa pihaknya akan berhujah semasa prosiding pendengaran permohonan semakan yang difailkan pasangan tersebut di hadapan Azhar pada 17 Oktober ini.

Pada 23 September lepas, Sequerah membenarkan permohonan Bung Moktar dan Zizie Izette untuk menangguhkan perbicaraan kes rasuah mereka di Mahkamah Sesyen selepas pasangan itu memfailkan notis usul untuk menyemak semula serta mengetepikan keputusan Hakim Rozina Ayob.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu dan isterinya memfailkan permohonan secara berasingan pada 19 Sept lepas antara lain memohon Mahkamah Tinggi memanggil serta memeriksa rekod prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen yang mendengar dan memutuskan agar mereka membela diri terhadap pertuduhan rasuah serta bersubahat.

Mereka memohon Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen atas alasan hakim yang mendengar perbicaraan terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan bahawa pemohon menerima suapan daripada dua ejen pelaburan, yang merupakan saksi utama dalam kes itu.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Beliau didakwa menerima rasuah daripada ejen Public Mutual iaitu Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar, di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Perintah Bela Diri Bung Moktar, Isteri Bercanggah Dengan Keterangan Di Mahkamah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tinggi Bebas Bung Moktar, Zizie Izette Daripada 3 Tuduhan Rasuah

3

Politik 3 tahun yang lalu

Agihan Kerusi PRN Diputuskan Hujung Mei - Bung Moktar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Sudahlah Penerbangan Kurang, Tiket Pun Mahal, Ada Mencecah RM3,000 Sehala – Bung

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad